Friday, April 20, 2018

Interview Program Pelajar Cemerlang MARA 2017

Assalamualaikum!

Okay i just realized i wrote this after i got interviewed, but it was not published (still, i dont know why), so mana tahu my juniors can use this post as their reference. Good luck all!
_____________________________________________________________________________

So, mesti semua yang tengah baca ni dah dapat offer unuk pergi interview kan? Okay good luck!
Jadi, aku nak cerita sikitlah (banyak) tentang macam mana interview AKU berlangsung. Okay, first-first aku nak remind mungkin apa yang aku alami ni tak lah 100% sebiji apa yang korang akan hadapi nanti. Tapi, MOST of the time, memang macam ni lah format interview MARA setiap tahun. Okay, got it?

Sebelum interview tu, korang kenalah duduki satu exam ni nama dia psychometric. Kat situ, mostly dia tanya pasal personaliti, sejarah, sivik sikit, dan kbat maths. Exam dia tak lah susah mana, tapi dia punya masa tu dia bagi 1 jam, 100 soalan. Aku banyak habiskan masa dekat Maths punya soalan and masa tu jugaklah abah call suruh hantar location semua. So, nanti bajet timing korang betul-betul. Jangan ada orang kacau! Taklah terkecoh-kecoh nanti. Hehe. DAN sijil lepas korang habis jawab tu yang ada kenyataan "TAHNIAH! Anda telah menduduki ujian Psikometrik". PLEASE PRINT OUT GIRLSSS, bawak sekali ngan dokumen tu.

Sebenarnya, iv ni ada banyak sesi (pagi, lewat pagi, tengahari). Masa aku, aku dapat first day, 7.30 pagi. Haaa, memang kena bangun awal-awal semua lah kan. So, masa sampai kat sana, dalam pukul 7.45 pagi dekat Kolej Poly-Tech Mara Bangi. Kawasan tu memang industrial area. Kena masuk dalam-dalam sikit. Masa tu dah kira awal pun, barisan dah panjang. Korang masa beratur janganlah membatu dan terkaku. Memang takde penilaian, tapi come on  ambik lah kesempatan ni untuk korang kenal member-member. Semua straight A kot kat situ hahahah. ANDDD yess, melambak MRSM students there, and also sbp. Jangan takut-takut dan merendah diri kalau dari sekolah biasa, sebab ada sorang ni cam "aku dari sekolah biasa je do, tak hebat, aku pun tak tau kenapa aku kat sini" Aku cam what the.. SAMA JE DO SBP NGAN MRSM NGAN SEKOLAH BIASA TAK ADA BEZA KITA SEMUA MANUSIA! Cehhh gitew. tapi betulla just confident je. It's about you, not your school, not your friends.

Okay, pastikan semua dokumen kau bawak. dan siap-siap SUSUN ikut turutan dalam slip tawaran. Jangan tunggang-langgang plak. Pastikan semua dah fotokopi sebab kat situ memang harapan la nak jumpa machine photocopy! Lepastu masa beratur tu dah siap-siap keluarkan semua dokumen. Taklah terkocoh-kocoh nanti mengeluarkan setiap helaian dari beg Prada awak.

Dah masuk nanti, dia bagi tag, THAT IS YOUR IDENTITY! So, interviewer bagi markah through situ la.
Lepas daftar, korang akan duduk dalam group korang dekat bilik kuarantin. Dalam bilik kuarantin tu, ada banyak lagi group lain tapi duduk according to group. 8 orang satu group! Masa tu, kenal-kenal lah with your team members. Masa aku, ada dua orang dari TKC, sorang dari Integomb, satu dari Mrsm Pekan Pahang, dua orang dari Mrsm Tgb, satu lagi tak tahu mrsm mana. So, semua serious aku cakap gempak-gempak, ada yang cakap melayu slang english pun ada.

Lepas tu, korang 8 orang akan dibawa ke bilik-bilik. First, first session!
 SESSION 1: ROLE PLAY
Kat sini, dia ada 2 assessments.
Setiap orang akan diberi role masing-masing. Ada Tan Sri Khalid Abu Bakar, Dato' Jimmy Choo, Lisa Surihani, Tan Sri Dato' Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz and banyak lagi. So, mengikut role yang dah diberi tu, korang lakonkan ikut watak. Dia akan bagi satu study case yang korang kena discuss dalam group. 
"Anda diberi 10 billion untuk membina satu projek di sebuah pulau, apakah yang akan anda lakukan?"
Dan, dia ada bagi 7-8 soalan. Contohnya, siapa yang patut jadi Datuk Bandar, kemudahan yang dapat disediakan, sumber apa yang dapat diterokai untuk pembangunan ekonomi. Kat sini, korang kena ada banyak general knowledge about budget and stuff. Aku takde je tapi aku bantai je ar hahahahah. Kalau takde pun, korang cakap je. YANG PENTING, CAKAP! Kalau idea orang macam kau tak berapa setuju, cakap baik-baik "I think your idea is good/brilliant/useful but what if __________" Maknanya, kau tak tolak habis-habisan lah idea diorang tu. Paling penting, jangan overpower or conquer the discussion. Make sure everyone participate. Kalau ada yang pasif, tanya "what about you, ___?" So, nampak lah teamwork korang. Jangan risau, jangan rasa competitive sangat, diorang kawan korang gak.

So, lepas role play tu, dia suruh duduk di kerusi masing-masing. Masa tu, dia bagi individual questions. Dia bagi soalan, siapa-siapa volunteer jawab.
"Apakah yang awak boleh sumbangkan kepada negara berdasarkan jurusan dan bidang yang awak ceburi?
"Apakah kebaikan belajar di luar negara?"

Kat sini, jangan selfish jugak. Ni bukan setiap orang dia kasi 3 minit. Ni, dia kasi 3 minit untuk semua sorang-sorang jawab. So, agak-agak tu, bagi orang lain plak. Okay?

SESSION 2: INVENTIONS

Okay, aku main hentam je tajuk session. Kat sini, dia ada 3 assessments. First, group 8 orang tu dibahagi kepada empat-empat. Means dua lelaki, dua perempuan. Group aku kena buat trek kereta mainan, yang tak boleh lurus, dan wajib ada dua terowong, dan kereta mainan itu haruslah dilepaskan dan berjalan dengan sendiri. So, dia bagi 2 cawan polystyrene, A4 manila card, gunting, cellophane tape, and pencucuk lidi. Masa tu, paling best! Cam gegelak semua. Dia bagi 5 minit je. Dengan tiga kali cubaan. Terkocoh-kocoh tapi i love my group. Diorang semua cooperative gila and havoc!

Assesment kedua ialah soalan. Ya, lagi. Dia suruh korang pilih soalan 20-41 (rasanya), dia bagi soalan Bahasa Malaysia, korang kena jawab English. Ada soalan "Apakah perkara-perkara yang membatalkan wudhuk?" Explain la guna english language. Masa tu, aku dapat "Dalam kehidupan kini, terdapat media massa yang sesuka hati menyebarkan maklumat yang tidak pasti, apakah pandangan anda?" So, good luck lah zikir banyak-banyak sebelum pilih soalan. Hehhe.

Assessment ketiga, korang kena menilai kawan korang dalam satu borang ni. Scale 1-5, adalah aspek-aspek dia. So, yang ni kacang je ni hahaha.

Okay, so HABIS yes HABIS!! Best gila masa habis. So, kalau korang tertanya-tanya, apa bahasa yang digunakan? Boleh Melayu, tapi dia sangat3 prefer English. Except yang certain case macam tadi lah yang assessment kedua, session dua tadi.

I think the key to everything is cakap. Like you just have to talk and worst come to worst you don't have any idea at all, ask your team members what you don't understand about the situation. And confidence. Okay, goodluck anak-anak semua!

Update: I GOT IT GUYS, ALHAMDULILLAH. But, unfortunately due to some circumstances between my family and my inner self, i decided to just go with upm, it is VERY sad, but I trust in Allah that rezeki Allah tak pernah salah tempat, Allah is the best planner. I believe that.

Update: Okay, actually after I rejected this offer, Mara had offered me one more chance to further my study in Russia for aircraft (aviation and stuff) engineering. Sorry MARA, i really want to further my study in medicine for my degree. Ya Allah, it is a very bright opportunity to grab yet I still..never mind. I trust in Allah's plan. :)

Assalamualaikum!

Saturday, March 25, 2017

Cerita Motivasi Aku

Assalamualaikum and hye!



This is the only decent picture I have with Afiq. So on the left is Afiq!
*excuse my chubby cheeks"

Okay, so memandangkan aku tengah free sekarang ni. Sebab memang aku masa SPM lagi aku nak buat post ni sebab terinspirasi sangat!

So, post aku kali ni, aku nak cerita pasal satu member aku ni. Nama dia Khairul Afiqah. Satu sekolah panggil dia Afiq je, simple an. Cerita dia ni memang boleh membangkitkan semangat aku berkali-kali ganda! So, aku nak share lah kan cerita ni memandangkan mana tahu kan korang boleh ter-semangat sekali kan.

Okay, back to the topic! 
Aku nak cerita sikit pasal dia ni. Dia ni antara orang yang paling kuat, ya fizikal dan mental! Kalau aku ada apa-apa masalah, aku akan try cari dia ni sebab dia serious aku cakap penyedap hati yang sangat bagus. Dia ni antara pelajar cemerlang sekolah. Dia punya result masa form 5 tak pernah bawah 6A la. 6A, 7A dan ke atas!

Masa tu 1-2 hari (aku tak pasti sangat) sebelum HARI REAL SPM. 
Tiba-tiba dia cakap satu hari tu yang tangan dia tak berapa sedap. Dekat tangan dia tu, tendon putus or ada inflammation entah. Tapi memang tangan kanan dia tu memang tak boleh gerak. Tup tup tiba-tiba lepas dia pergi klinik, doktor cakap dia ada 'tendenitis' Okay, boleh click kalau korang nak tau apa itu tendenitis.

Semua boleh bayangkan kot macam mana perasaan dia masa tu, SPM tinggal 2,3 hari. Tangan kanan (tangan tulis) tak boleh guna. Murid yang sihat ni pun rasa gementar nak jawab, apa lagi dia! Tambahan lagi, memang dia tak boleh gerakkan ibu jari kanan dia sebab it will become worst. 

The day before SPM tu dia balik. Balik asrama la i mean. Aku tak tahu la masa aku pandang dia, aku terus peluk dia, menangis la. Ye la, aku dengan dia dari form 4 and form 5 sama dorm, sama kelas! Walaupun takdelah rapat mana, gaduh gak an hahaha sebab dia ni sakai sikit hahahahahahah. 

"habistu macam mana kau nak jawab nanti, fiq?"

"ada pencatat la, atau type, aku tak pasti lagi" *suara bergetar nak nangis*
"Bye ah korang, aku tak jawab kat dewan tau, aku takpe lah tak naik pentas pun tahun depan, nak buat macam mana kan."


Benda tu aku SANGAT INGAT sampai sekarang. Macam mana ek perasaan dia, cam tak sedap la pasti. So, masa SPM dia duduklah dekat kelas jawab SPM. Dengan pencatat dan computer untuk dia type. Dia Alhamdulillah dapat extra time. So everytime kitorang keluar dewan, bila nampak dia kat kelas, cam secretly buat isyarat "you can do it, afiq!"

Dia cakap masa type tu tangan memang slow gila. Plus, korang tahu kan kalau type apa risikonya, TYPO. 

Okay, day by day. Dia pun cam boleh la, mungkin tak mungkin ya, dah boleh adapt dengan cara dia.
And benda yang paling sedih sebab dia punya kelakuan seolah-olah macam dah giveup. Masa tu tengah addmaths punya vibe. Masa tu semua turun dewan makan untuk prep malam, Aku kena stay kat dorm sebab kena picit si afiq ni hahaha. (alasan tak nak turun). Lepastu tengah aku belajar tu...aku tengok dia lek lek je dengan minyak urut dia, main laptop....

"wey belajar do, fiq"

"kau belajar la, aku ni cam takde peluang je nak straight, belajar ar belajar"
"kau tahu tak kadang-kadang aku pikir gak, journey belajar ni macam journey naik flight"

"ada yang dapat tiket first class, tapi destinasi salah. Ada yang dapat tiket economy class je, tapi sampai kat destinasi yang betul. Ada yang beli tiket lambat, tapi lambat laun sampai jugak destinasi dia. Ada yang tak naik flight pun, tapi naik benda lain, still pergi destinasi dia jugak. Ada yang dapat tiket first class, destinasi dah betul, tapi flight crash pulak masa otw tu."

Sebenarnya banyak lagi la perumpamaan yang dia bagi kat aku. Tak ingat sangat dah. Masa tu, memang aku sentap gila ar. Tapi kan, lepas tu, aku tengok dia memang bersungguh-sungguh sebab mungkin dia nak buktikan kat parents dia yang dia boleh. TAPI yang aku rasa 100% pasti dia nak buktikan dekat pengetua yang dia BOLEH buat. Sebab aku tak tahu lah berapa kali dia kena sound dengan Pengetua sebab tangan dia tu. Ada rumors cakap yang tangan tu injured sebab rugby. So, pengetua cam marah ar. Tapi lek ar, dia marah sebab sayang kan, betul ak fiq. nyehnyeh.

Hari-hari masa Addmaths dan Maths aku rasa merupakan hari yang agak mencabar lah untuk dia. Macam mana kau rasa nak terang satu-satu simbol kat pencatat (pencatat ialah guru juga), dia ada cerita sikit kat aku.

"aku cakap kat cikgu tu cam ala cikgu yang simbol bahagi tapi yang cenggini tu ha yang cenggini"

Last day SPM, kitorang sama-sama ah peluk antara dormmates. Menangis dan sebagainya.

Okay, bla bla bla result day pun tiba!!
Dia masa datang tu tak bawak parents dia. Aku tak tahu lah sebab apa, tak nak lah assume macam tu je kan.

Memandangkan sebab nama aku awal disebut (tuah ke tak aku tak tahu), so aku boleh perhati lah nama siapa yang dipanggil untuk naik pentas. So, lepas aku ambik sijil dan bunga, aku pun bersandar tepi tiang kat belakang. Pishang. Ditemani Zubaidah atau Bedah of course! Hahahaha, masa tu nama dia tak disebut lagi, so dia pun gelabah masa tu.

Tunggu punya tunggu, tiba-tiba:
"KHAIRUL NUR AFIQAH BT KHAIRUL ARIFFIN"

Aku terkejut dan tak tahu nak describe macam mana perasaan batch aku masa tu. Time tu, dia dapat tepukan PALING PALING kuat ar. Boleh pekak ar telinga, berdaghah! Aku dengan bedah yang memang dah berhati lembut ni cam
"wey afiq dooo, afiq weyyyy!!" *ulang 20 kali*
Teruja tak tahu macam mana. Aku dengan bedah pun nangis, yes nangis. TERHARU MACAM ANAK KAMI PULAK YANG KAT PENTAS TU UHUKS.
Memandangkan aku duduk kat tiang dekat dekat tangga turun tu, aku apa lagi terus peluk dia!
"kau boleh kan aku dah cakap, kau boleh" -benda ni ulang 20 kali gak-
Dia menitiskan air mata yang banyak, ya sangat banyak hinggga meninggalkan kesan bunga pada bahu baju saya. Tapi aku tak kisah, basah satu baju pun takpe, sebab tu air mata kegembiraan!

Aku tengok slip SPM dia. 4A+! Gempak an, aku dah cakap dah dia ni gempak.

So, kepada Khairul Afiqah, aku harap kau berjaya di dunia dan akhirat. Aku jugak harap sangat kekentalan jiwa kau tu kau boleh bagi aku sikit sebab aku ni jap jap nangeh jap jap nangeh! For your rugby, aku wish kau sentiasa berjaya dan untuk pelajaran as well. Kalau kau baca ni, aku nak kau tahu yang aku sayang kau sangat-sangat!

LOVE YOU, AFIQ.

Okay, so kepada semua yang membaca yang macam nak dekat muntah tengok keacahan friendship ni, sorry. HAHAHAHAHAH, Aku just nak share kepada yang tengah down gila ataupun calon spm 2017 yang cam nak giveup tu. PLEASE, WORK HARD. Takde apa yang halang kita untuk berjaya melainkan diri kita sendiri. Ubah negative mindset tu from being a pessimistic to an optimistic person. 

Aku harap benda ni dapat beri manfaat kepada korang. Benda-benda negatif dalam ni kau boleh ubah jadi positif. Okay? Bagus bagus!

Assalamualaikum!





Monday, March 20, 2017

#SPM2016

Assalamualaikum

So hye back everyone! As you all know, like obviously trending number one in Malaysia. The result was out on 16/3/2017. Seriously, on that day i can't describe what my feeling was. The day before I just wanted to distract my attention on the result by watching all cartoon, animated movies! I literally watched like 4-5 movies just to calm and relax my mind.

Okay, when the day came, I leave it all to Allah. I knew I've done my best in spm even though all the formats were changing the day 99's batch sit for spm. Like seriously, there were lots of drama going on during spm. For example, no kbat for sejarah, the messed up addmaths questions, and also not to mention about Sneha.

Okay, enough with that. I went to seseri by car i mean my bro as the driver since i didn't get car license yet and i'll not drive even i have one. HAHAHAH, Not funny. On the way, it was not really tense because the song played on the radio were all good! The Shape Of You, Rockabye, Segalanya, etc. Then, I arrived. 

The result was announced like SO LATE. They said like 10.30 dah boleh announce. Of course all the analysis and the slides must be prepared first right, maybe  thats the reason kot. But nearly 12.00 like 11.30 i think, then the result was announced. AKU PUNYA KETAQ TAK TAHULA NAK CAKAP APA! Because i was in the first class and i was the third person on the lists so if the teacher skipped my name and announced the fourth name, IM DEAD. At first, amirah hanisah then farah aqilah. My heart was beating as fast as lightning as it would explode and until the level that I just hug Fathiah and closed my eyes. Hoping for the best.

And Alhamdulillah i made it. I was so glad that all my deksmates got straight A's that makes me so damn happy! In class, the arrangement of the tables was like macam a few groups because kementerian wanted the 21st class century right. So, in the class we have a total of 5 groups of tables. And my group was the noisiest and naughtiest group ever. We tend to laugh a lot!

Then, when the midyear examination result was out, every group had 1-2 representatives who got straight A's for the exam but my group didn't have any. So, at that time we realized our mistakes so we just like "okay, from now on we have to work hard" #acahsikit



Deskmates tercinta!

Okay, so boleh la mohon scholarships available. Actually i am waiting for MARA scholarships as i am so disappointed right now because jpa-mara doesn't offer any medic program this year. :((((





Tuesday, February 14, 2017

life

life is hard.
Maybe some of you were born with a silver spoon in your mouth but some were not. So, life is tough. You cannot blame others for what had happened in your entire life and trust me keep pointing to other's problems is not a good thing. You have to stand by yourselves. Keep fighting and do not layan any negative comments or negative opinions people give to you. Just care about yourself cuz at the end of the day you will be the one who rides your own boat, not even your parents not even your friends.

Trusting people is good, but stop being naive. You know, you have to be independent and know what you're aiming in your life. Do not have one? You better create one. Its like your target la, like you have your arrows but you don't have any targets and how can you shoot? and shoot accurately to your target? It will just be a pointless shoot. Do create one. If you are not sure about your ambition, your dream, your aim. Just create one. TRUST ME, its better to have one than nothing. Know your capability. Please don't choose a dream that is too high for you to achieve at the current time. For example, you are only 7 years old and your aim is to bring you parents travelling around the world. NONSENSE. Try to think something that is sekufu with your age. Aiming to be the best student in school, target maths 100%.

"let them dream" "maybe one day it will come true" 

I dont say its wrong to dream high. But if you set your goals too high, im afraid you will see the target/goal as a very difficult thing and impossible thing and at last you give up. Right?
Everyone has their own story. You know, i was sitting on the bench in front of a cafe. One by one person came out from the cafe and i just kind of thought that "how is your life going?" 
So, if you think you want to give up. Please, turn back to Allah. Whatever it is, how busy your life is, make sure to read Al-Quran. NEVER MISS SOLAT. Now, you can read them in your phone, your laptop. One page for a day is enough. One ayat for a day is enough too. Never forget Allah. Remember how passionate is your mother's love? She will never let anything bad happened to you. She loves you more than anyone else. She will not be able to sleep if you are in trouble. SHE LOVES YOU PASSIONATELY.

Because of what? She's giving birth to you. She's carrying you for 9 months in her belly. She feels you in every inch of blood in her veins. 

That is mother. But how about ALLAH? Allah creates you. Allah arranges your life. Allah see you 24/7 without fail. Allah knows everything about you. More than your mother. More than anything else. Compare the love. Allah is 70 times loves you more than your mother! So what are you waiting for, Allah is waiting for you. He loves you! Keep praying to Him. If you have problems, go talk to Him. Express everything to your Creator. Let it out. Let it out.
I hope this post benefits you. I really hope. Because i'm writing this to myself.
Wallahualam.
Assalamualaikum.

Saturday, December 10, 2016

Hye back!

Assalamualaikum and hello!!!
oh, its a very long time, peeps! right? Baik ko cakap rindu, alah ko cakap je lah.
nyeh nyeh nyeh~
So, yah so today this is me. Normal Farah Raihana yah but i actually have a new nicked name though. RAI. Thats what majority of seserians called me. its actually all started with my biro, seranta that called me with that 'rai' name. Then, it spreads!
Guess what? First, im kind of geli geli when people call me with that name lol it sounds really 'manja' and 'gedik' but then i realized its pretty unique name so i agree. Then followed by 'barai', 'rarai' and pelik-pelik. Ah, aku tak kisah. Ko panggil je asalkan aku toleh, itu sudah memadai! okay thats a good intro rai, very good. shoot, no.
LIFE AFTER SPM?
Ya Allah, aku tak tahulah nak cakap apa, Keboringan, kepishangan dan kebebasan yang melampau membuatkan aku duduk berteleku di sini. Menulis blog. HAHAHAHAHHAH.
Actually, first-first like dunia ini aku yang punyaaaaa! Aku bebas dan sebagainya. Namun, lama-kelamaan, kegembiraan merosot dan senyuman yang terukir di bibir semakin mengetat!
Okay, so kerjalah. dan ambiklah lesen.
i sebenarnya tak boleh move on lagi dari seseri. I love seseri so much i just cant let it go. All pahit manis masin moments created there just made me a sloppy baby that cries a lot. I will tell my experiences, kawan, and all things separate eh? eh eh eh eh eheheheheh.
okay, pishang lagi!
life after spm actually scare me more than the result itself. You know, you have to be more independent and tougher than before even though you dah pernah sekolah asrama, right? Just agree! And i dah dengar a lot of pujukan dan ceramah from my seniors about life after spm.
First, MARA JAPAN!
Jadi, korang-korang yang berminat nak study kat Jepun and yah also interested in ENGINEERING. So, pergi mohon sekarang before due date okay? Based on what my senior told me, 3 years in Malaysia and another 2 years in Japan. And it is diploma. There's a lot of Japan university to choose yah ada 22 buah!
you can click at the link below: http://www.ik-one.biz/jadypm/
Okay, abang and kakak aku sebenarnya aku tahu diorang mempunyai niat yang tulus ikhlas lagi baik untuk memberikan khidmat nasihat masing-masing!
And i quite tahu lah pasal course, asasi and all those stuffs 
And macam biasa, diorang akan promote universiti masing-masing.
"masuklah uia, bla bla bla"
"upm ni ko x yah susah susah, bla bla bla"
and im stuck. hahahahahah. Thank you, bro and sis! I terharu sangat! But looks like i have to dig in about all of this deeper and more detail, so that i know more and tak confuse kemudian hari?
Okay, aku tak tahulah post ni untuk apa. Orang kata apa ni, comeback? Pehhhhh comeback siaaaa. Kahkahkah ko ingat retis retis je boleh buat comeback? *flip hair*
i really into k-drama and i havent slept all day just to watch those episodes! I JUST CANTTT! addicted betul, dasar dadah! huh.
Okay, bai. yah if you annoyed with my post, i dont care actually i love u. hehehehehehee. *kening kening*
Assalamualaikum!

Saturday, December 5, 2015

Prefect's Dinner 2015 (Aurelia-Eudora)

So i just wanna repost this i dont know kenapa dia tak publish masa tu! hahahahah ENJOY THROWBACK TO THE PRECIOUS 2015!
_______________________________________________________________________________


Okay, so harini aku nak cakap pasal Prefect's Dinner in Seseri. Okay, dedulu aku lek cool lepak je an
semua cikgu yang uruskan. Dari tempat sampailah ke gotong-royong kemas balik jamuan tu ha.
pemaleh.
Ok, mula-mula sekali, our KP (Ketua Pelajar), Kinah Isa kiut miut dah bahagi dah kan tugas-tugas ikut biro pengawas. Ye ler, jamuan kita, takkan suruh imtiyaz or pengawas pss lak en.
Ok, dia start bila suruh cadang like;

"aku tau satu tempat ni..."
"yah, aku tau! Kat sini an,....pokpekpoek"
*SUNGGUH EXCITED YA, SESERIAN*

Aku just duduk berteleku kat situ dengar je an cadangan orang sambil berkata "woww, nice nice" and yang sewaktu dengannya lah an. Ye lah, apakan daya, aku ni duduk Kajang, Semenyih. Manalah aku tau tempat-tempat best kat KL ni haaa. Biarlah yang pakar, biarlah.
Ok, bila dah set tempat, our hi-com (ketua pelajar, setiausaha, bendahari) pergilah dekat tempat yang kita dah finalize tu. Orang kata apa tu, survey lah dulu an cemane tempatnya kang tak sesuai dengan tema apadehallll.

Ok, our tema hahahahha beribu tahun pikiaqqq.
"The Last Petals"
*kening kening* ko pikir sendiri. Ala ye la, it is just like english garden punya theme. Ha.

Ok, so harga total semua dah bincang-bincang.
RM6000.
Sebenarnya ada yang mahal lagi. but kita tolak yang karaoke punya set tu, kito nak makan, takkan nak berkaraoke lak an. Habis kena azan ngan cikgu kat situ jugak.

Okay bla bla bla, cikgu pun dah confirm semua, kitorang book tempat kat KGPA (Kelab Golf Perkhidmatan Awam)
Tempat tu mahal, tapi sebab you know, power magic mana ntah kitorang dapat berjimat banyak benda!
Doorgift, decoration nanti aku citaaa.
Okay, so like mesti engkorang kata "mana korang dapat duit?"
Satu pengakuan.
Seseri ada 7 biro. So, satu biro diwajibkan kumpul RM800!
Tak kisah la nak buat apa, tayangan movie memalam ke kat Dewan Gemala Puteri or jual makanan ke, jual diri ke eh jual diri tak HAHAHAH.
Tapi mostly jual makanan ler. Tiap malam ada je member datang
"Siapa nak beli keropok?" "em, kitorang ada jual float"
Aku rasa cam tak laku but SEMUA LICIINNNNNNNN! Basically, semua duit tu hasil titik peluh semua pengawas like im so terharu ahak ahak achooooo.

So ni tempatnya. Cantik kan! So decoration takyah nak gah-gah sangat. Jimat kooo!

So, semua dah settle masa ni. PA System semua dah siap dah.

DECORATION
Okay, decoration ni di bawah biro kepimpinan. But diorang sungguh kreatif dan sungguh berjimat cermat! Kepimpinan a.k.a Kapten!
Diorang beli semua from scratch and memang walaupun simple, nampak sungguh best!
Paling best ada lilin kat tangga tu HAHAHAHHA. Nasib ler tangga tu besau, kalau tak habis terbakor dress mak mak datin.

DOORGIFT!
Okay ni pulak bawah biro Akademik. Pandai dia ambik inisiatif budget punya doorgift hahaha pandai!
Nampak tak doorgift kita? So, kita buat 40 je untuk form 5. Form 4 takde. Takpe takpe, Eudora Prefects, tahun depan ada lagi, siap ada form 1, jangan risau jangan risau!

Ni nak habaq, kitorang malas nak buat backdrop, so backdrop tu kita serah je kat pihak KGPA tu suruh buatkan. For us, memang mahal la an, RM 600. So, ini hasilnya.


 banyak benda la yang berlaku sebelum, selepas, semasa pun ada. Tapi benda light light je apadehalll. Ala, solat pakai makeup, lepastu curi-curi gosok kat dewan ape tah. HAHAHAHAHHA.


 Saja pilih yang camni biar nampak gegirls sikit yang lain tu semua aku buka pencak silat.

 Yang ni persembahan daripada Alia Khairuddin, Mimi Ali, and Filzah! BEST! U rock it.

 Yang ni aku tak tahula pasukan apa tapi diorang best ah. Entertainer gituuuu






yang ni saya nyanyi duet dengan sayang saya, kak syaripah! Lagu dealova, seriously it was last minute gila but ok la boleh diterima la XD

So, video ni nampak cam simple tapi sebenaqnya kami memang tak sabaq nak tunggu hahah. Masa tayangan video ni, aku pakat pakat semua seranta duk norok belakang tiang HAHAHAHHA malu dengan hasil kerja sendiri podah.


 Kak Bella, mula-mula cam garang tapi sebenarnya lawak! HAHAHA dia lah sumber rujukan aku kalau aku tak tahu apa apa pasal mic, assembly, dan yang sewaktu dengannya.

 Kak Naziha. Dia ni an ya Allah lawak gila serious ah tak pernah bosan dengan dia.

 Kak Anis Fathini. I really adore her. 5 Adioda. Number 4 dalam batch and so on. Memang ulat buku, tiap minggu pergi usrah, yes insyaAllah 9A+, kak.

 Ini Mawaddah dengan Zana. Yang kiri tu memang PA System untuk seranta. selalu rebel, aku pun tak tahu kenapa hahahaha tapi dah insap dah insapp

Kau bayangkan prefects lain semua dah boleh balik dorm tukar baju, ambik gambar, tidoq. Yang kami seranta ni ha kena pulang balik pesemua benda kat bilik kaunseling. Malam-malam! haih rasa cam bibik pun ada -,-' (rujuk muka di atas) ceh tak tak, kami ikhlas! betul!
HAHAHAH

 
 Ni Atyn. Ajk protokol. acah acah swagggg.
ok sayang atyn!



Okay DONE!
Aku rasa ni je yang aku boleh kongsikan hari ini. Aku ada total 556 gambar! So, ini antaranya lah.
So, perasaan aku? Aku rasa best and syukur sangat sebab dapat handle event yang besar macam ni. 
Walaupun banyak benda an yang berlaku (emcee takde, kad jemputan last minute, kad jemputan buat sendiri, surau kecik, duit tak cukup)
Yah, tapi kita manage to selesaikan semua benda and yah batch Form 5, Aurelia benar-benar appreciate dan terharu dengan apa yang kami buat hehehehehhe.
senyum kambing cepat hehehehehehhe.

Okay bye!
Assalamualaikum!