Saturday, July 28, 2012

Maru The Cat


Assalamualaikum. :-D
Nampak kucing comel yang tengah bersantai kat kotak tu? Aku tau korang geram sangat macam nak bunuh je kan? Takpe2, tak salah. Aku pun rasa macam tu jugak. Kalau korang nak 'bunuh' kucing ni pun, kucing ni berada kat Jepun. So, korang mesti ada passport, tiket baju, duit dan lain-lain. Menyusahkan kan? So, tak payahla bunuh dia. *Merepek dahh*.

Ok, kucing ni bernama Maru. Paham? Maru? Kucing yang paling terkenal pada abad ini. Untuglah, haiwan pun boleh jadi famous. Korang ado? Haha. *just kidding* Fenomena ini terjadi apabila tuan kucing ni post video pasal kucing ni kat Youtube. Untung2. 





Kalau korang search nama 'Maru' dekat kotak search kat youtube, aku confirm 100% korang akan nampak kucing ni. Kalau korang tak nampak, shout kat aku. Meh, aku babab. Haha, seperti yang dinyatakan tadi, aku gurau saja. Meh, tengok sikit kecomelan kucing ni.


Dah la tu, kalau korang perasan, satu pun video Maru ni tak tunjukkan tuan dia. Hmmphh, layan je la. Kalau korang ada soalan, rajin-rajinla shout kat 'shoutbox' tu eh? *SOALAN DIALU-ALUKAN*. Nikmatilah gambar yang comel. *tadaaaaa*





Assalamualaikum. :-)

Thursday, July 26, 2012

Peristiwa Ramadhan

Assalamualaikum,

Ok. Pertama kali nak edit-edit blog ni, susah la sikit. Tapi nak buat macam mana? Kena lah buat jugak kan? Kalau korang tengok kat sidebar kanan atas sikit tu, ada tulisan orang intai di sini. Ceh, macamlah ada orang nak intai2 blog ni. Lagi-lagi nak tengok? Hmm, tak payahla. Buat blog ni cuma nak syok sendiri. *haha*

By the way, Mrs.P nak cakap selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Memang banyak dugaan untuk puasa ni, tapi kalau ikhlas kerana Allah, InsyaAllah kita takkan hirau semua tu. Lagi-lagilah masa matahari tengah tegak kat atas. Tambah2 lagi musim pemanasan global. Huhhh. Tergugat.

Tadi dekat Van semua cakap "Panaslah! Nak balik! Cik Siti, (pemandu van) nak balik cepat!!!" Last2, aku juga yang kena hantar dulu dengan Mak Cik Siti tu. *padan muka*. Eh2, Tak Baik2. Tu la, merungut-rungut lagi. Kan dah. Kalau dengan kawan aku, aku bising nak amat, tapi kat Van, Puuuhh, macam Gadis Melayu Terakhir.

Tiap-tiap hari aku berusaha untuk puasa makan dan minum dengan anggota sekali. Tapi, kadang-kadang tak boleh. Mulut aku ni dengan ringan macam feathers ni keluar benda-benda yang mencarut. Tapi lepas tu, mesti ucap astaghfirullahalazim.(kat dalam hati). Kalau korang ada buat dosa-dosa yang tak sepatutnya, baik baca doa ni:

"Astagfirullahalazim allazi la ila ha illa hual hayyul qayyum waatubu ilaik"

"Sesiapa yang membaca Astagfirullahalazim allazi la ila ha illa hual hayyul qayyum waatubu ilaik, maka diampunkan segala dosanya walaupun ia pernah melarikan diri daripada peperangan".

Aku cari dalam jawi tak ada la pulak. Jadi, pandai-pandailah korang ye baca. Takkanlah tak pernah jumpa kalimah ni. Jangan korang cakap aku tipu pulak, sebab jahat-jahat aku ni pun, aku selalu buka Astro Oasis. ceh riak gila. tak tak, bukaklah kadang kadang hahahah. Kena ikhlas ya. ;)

Sampai sini je lah ya. 

Assalamualaikum.

Wednesday, July 25, 2012

Ramada Al-Mubarak


  • Assalamualaikum,
  • Salam Ramadan semua. Bulan yang paling berkat nilah kita kena kumpul pahala.
  • Dalam bulan ni juga ada malam Lailatul Qadar. Masa tu, semua doa kita diperkenankan sebab semua pintu langit terbuka untuk kita. Jadi, 10 malam terakhir tu, banyak-banyakkanlah beramal. Baca al-Quran, selawat banyak-banyak.Moga2 kita dapat Lailatul Qadar kan? Haha. Doa kaya, sampai anak cucu cicit korang akan kaya. tapi janganla mintak hal dunia je. hal akhirat tak fikir.
  • So, banyak2kanlah pahala, sikit-sikitkanlah dosa ya.
  • Semoga kita semau dipelihara oleh Allah S.W.T.
  • Assalamualaikum.
  •