Thursday, October 31, 2013

Sepetang bersama geng Blogger

Assalamualaikum!

Hahahahha

Soooo, semalam memang borak-borak ah dekat kelas. Dengan Humairah, Syafiqah, Azizah, dengan Farina. Semua blogger. Kawan-kawan aku semua blogger. Hahahaha. Diorang gempak ah, sporting semua lahhh. Haha, kitorang sebenarnya kumpul sebab nak tampal nama sebab jamuan nanti main game RUNNING MAN. Dia, nametag tu kan. Ahak!

And satu incident berlaku di mana....

Aku: *tampal nama mairah dekat base nametag tu*

Farina: Ehhh, *terbalikkan nametag* Ini Fiezu punyalahhhh!

Aku: Hahahahahahhh

Semua gelak.
Satu kelas pandang.

Humairah: *tunjuk kat Fatini* Ehhhh, tengok ni ahahh *tunjuk nama Fiezu* Then, dia flip.
*nama Mairah Fatini*

Fatini: Woooiii! Hahahahahh.

Satu kelas gelakkk!

Masa solat dia tanya lagi aku jawab je lah:

"Hahaha, aku sorry ah aku tertampal ah bukan sengajaaaa"

Lepastu ustaz datang! Diorang kekal dalam kumpulan kat meja aku. Haha diorang awal-awal dah expect dah ustaz tak ngajar. Last day kooot. Tak belajar. Ustaz biasanya berborak dengan Humaira Fatini ngan Farzana. Then, satu topik...

Aku: Eh, aku punya newsfeed merepek ohhh. Banyak yang merepek sebab aku suka like page bila aku nak baca satu article. Dia suruh like. Aku like je lahh.

Syafiqah: Ha'ah, dah la haritu guna account aku like page 'Doktor Cantik!"

Aku: Hahaha mana lah aku tahuu.

Suddenly.....

Humairah: Ehh, haritu an aku nampak Farah like page produk kecantikan coklat apa tah. *sambil menunjukkan demo mencuci muka dengan cara bulatan di pipi*

Semua gelak.

Daaaannn bila aku bukak Twitter Humairah, Azizah semua tweet pasal produk coklat tuu. Hahahahahah apa lah korangg. Aku like bukan sengaja hahah. 

Terutamanya si Azizah tuuu. Bukan bolehhh! Dengar je perkataan "TAK". Dia mesti buat. Dia tu hahah lawak lah jugak. Seronok ah tweet ngan dia. Harap dia tak baca cause nanti dia kembang!

Contohnya tadi aku tweet jangan quotes retweet, dia buat jugak!
Daaan, bila aku kata TAK payah share, nasib baik lah kan dia tak share, itu pun sebab aku tegah awal-awal. TAPI dia buat jugak, dia tweet nama link blog aku:

"pensel saya patah, siapa nak datang dialu-alukan."

Hmmm, dah lah sampai sini jaaa. Tengah tunggu tutorial Peeqa yang seterusnya. Hehehehe.

Okay, bai!

Assalamualaikum!


Tuesday, October 22, 2013

My Class! Ok ar 'Kelas Saya' ha kau

Assalamualaikum!

Okay, disebabkan semalam baru dapat gambar dan malam tadi I suruh Mak Jemah I lovely dovey scan, tapi dia terlupa. So, aku teruskan sahaja malam ini, ye.

Okay, this is my class!


Formal punya.


Freestyle! Alah takde ah free sangat, skema je.

Okay, masa ambil yang freestyle tu aku memang tak ready habis. Bukan aku tapi SEMUA. Alah yang tetepi tu boleh ar. Ugh aku benci. Roshada ulang alik so aku macam tak tentu hala aku pun tak expect gambar akan jadi 'se ready' ini. So, whatever ah. Semua cam cakap tak ready. 

Whatever ever ever, aku sayang kelas aku. Keputusan akhir tahun ni aku update nanti. Satu subjek telah membuatkan aku down gila sekarang.

"Releasing Stress"

Apa-apa lah. Grammar mistake pun tak apalah. Hahah. 
Okay Assalamualaikum!
Bye!

Sunday, October 20, 2013

Addicted ( ゚ Д゚)

Assalamualaikum.

Aku tak ada kerja harini iaitu malam ni so aku akan terangkan tentang keaddictan aku tentang satu benda ni.
Benda ni banyak lah jugak orang suka.
And aku memang terlebih-lebih sebab...

Dari Tahun 6 yeah 12 tahun!
Yah, sejak aku tahun enam.

Sebenarnya, tahun lima akhir tahun masa aku pindah, memang family aku suka beli air macam sedia dah. Macam F&N ke, apa ke. Then, abang aku beli AIS bebanyak. Yeah. AIS! Aku makan la. Lelame benda tu menjadi kepuasan yang teramat sangat. 

WOI, NI BUKAN AIS DADAH. INI AIS YANG KAU LETAK KAT MINUMAN KAU.

Aku addict dengan kan ada layer ais yang jernih dengan putih kan kan kan? Yang putih tu OMG! Aku suka sangat! Sangat! Sangat! Sangat! Ambik kau.

Mak aku memang dah banyak kali tegur. Because of yeahhh, it's not good for our teeth!


Aku selalu kekunyah benda tu sepanjang masa. 
Usaha nak berhenti?

Yeah! Mestilah ada! 2-3 minggu, tak boleh tahan. Aku nak juga benda tu! Aku isilah ie cube tray yang pusing je masa nak keluarkan tu. Easy! Tunggu dalam empat jam dah ada my baby lovey dovey aku tu. 
Dekat restoran, kalau ada lebih-lebih ais kat cawan abang ke mak ke. Aku sauuk je. Kan? Dasar pengemis. Hahah!

Okay, nanti aku akan cari lah solution untuk berhentikan addict tersebut. Mak aku kata nanti urat-urat gigi lemah, belum sampai 20 tahun dah rompong aka takde gigi! Ah, tak nak!

You have some tips to share with me? Or with others? Comment beloww. I will appreciate it 1000 time as I could not find the solution until now.

Okay, situ sahaja! Bye!
Assalamualaikum!

Saturday, October 19, 2013

Exam is OVER




Assalamualaikum.
Alah kat atas gegedik je ni. :p
Hm, nampaknya sudah bersawang-sawang dah blog ni. Buzzzzzeeyiiiuuwww. Nak taip panjang panjang biar nampak ke-busy-annya tu ha. Band 6 math, bm, ngan bi belum settle lagi, dah tahu tetiba ada exam. Fuh. Exam dua minggu. Tempat aku boring. Tu je nak cakap. Tak ada teman bercakap kalau dah habis exam. Bukan tiru eh itu tak amanah tak berkat markah nanti. Just sayin. Apa lagi, lepas exam, semak 3-4 kali, TIDUR. Appreciate time, okey? Bukan senang nak dapat masa nak tidur :p

Okay, hari sebelum Sains bermula tu aku dan Farina rancang sesuatu. Yeah, STAY UP. Sampai 3 pagi. Then buat kuiz bagai. Nak habiskan sampai chapter soploh. Ini antara CONVERSATION. Hahah, serious aku dah ngantuk dah. Ala at last aku tinggalkan bab 5, 9, 10.

Aku: momen daya. Aku nak habiskan bab 8 dulu ah, bab 9, 10 ngan 5 esok.


Farina: Nak tidur dah ke lepas bab 8?


Aku: Entah bah, kalau dah ngantuk sangat


Farina: aku pon.. hahhahaha. mcm org mabuk

Haha, seee. Sampai mabuk kauu. Sebenarnya takdelah plan sangat, it spontanssllyy come. That ideaaaa. Macam saya risau, dia risau. Kita sama-sama berkerjasama *nada bangla*

Kitorang guna bahasa "NIGGA" tak tahu lah sebab aku memang suka tengok 'BEST VINES'. Banyak orang black kat situ. Then, aku search ah maksud nigga. Nak tahu tak dia tulis apaaa. 
NIGGA -> Refer to people that act like they are idiot.

Okay, and guess what??? Dia punya soalan lagi senang dari kita expect. Ok lah takpelah usahaku berbaloi. 

Geo pulak aku tawakkal je. Haha.

Okay, merdekaaaa! Isnin ni kena pulang buku teks. Nanti nak pergi kedai beli tali kalau sempat. Kalau tak sempat, tak yoh lerr. 17 buku beb.

And lagi satu! Sorry Jo, tak datang open house! Eee apa ah ayah, mak, adik, abang semua datang rumah kau. Nyesal I tiduuur. Terbongkar, kantoi tauuu yang I ni selalu tidur pepetang. Tak suka tau mak jemahh. Aku rasa ada orang kejut tapi hm okay.

Sekarang, tunggu markah! BM NGAN BI AKU TAKUT AKU TAK TAHU KENAPA ARGGHHH. Streaming tau aku stay krk ke tak. *takut*
Doakan saya berjaya di dunia dan di akhirat.
Assalamualaikum. 
Good day everyone!