Sunday, May 26, 2013

Ujian?


Assalamualaikum semua. Haha lamo dah den tak apdet blog ni. Maklumlah kak ton busy jual produk beauty umaira dekat customer-customer kak ton. Kakton comel ok? *lawak hambar* Hahaha walaupun perasaan aku ni rasa aku ni syok sendiri menaip, aku tetap menaip. Menekan papan kekunci tanpa rasa bosan. Idea dah buntu. Susah mahu memerah otak menaip ayat yang best untuk kengakawan sume. Blog aku memang tak best Hahaha. 


MENGAPA?!

Ahhh susah gua nak terangkan perasaan gua sekarang ni. Sebelum entry memangjang kepada 2 page, baik aku listkan soklan-soklan yang lekat dalam palotak aku ni.

1) Kenapa lepas cuti jugak nak ada exam?

2) Asal tak sebelum cuti je pekse ha?

3) Asal macam susah sangat aku nak study ni?

4) Asal aku tak paham ngan benda benda ni?

5) Asal mak aku kata algebraic senang? Bagi aku susah do...

6) Cikgu nak suruh kitorang study ke nak seksa supaya tak menikmati sepenuhnya cuti 2 minggu?!

7) Susahnya nak fokus? Duhhhh


Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, exam. exam. exam.exam. Kenapa ko wujud ah? Aku benci ko.

Aku bengang betul ngan cikgu, kata bebudak PBS pekse akhir tahun 'JE'. Tapi lain lak citernya skang. Waduh waduh waduh. Emangnya gampang apa mau study waktu cuti? Bila cuti, mesti aku nak pergi jenjalan sume. Masalahnya, exam do. 24 jam dok terpikir kat paleotak ni. Abang ngan kakak lak kuangja ngan aku, ejek aku bagai. Keling betul. Takpelah, demi masa depan yang cerah, aku akan berjuang bak kata pepatah menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. *walaweh ayat gua, tak leh belah* Semua kesumarians Form 2, marilah kita sama-sama stresskan diri secara berjemaah, study masa cuti walaupun hati rasa nak memberontak, jom nangis sesama dalam peti ais, study jangan tak study. Kang nak jawab pekse, apa pun tak boleh. engko semua jangan blank lak nanti. SEMOGA BERJAYA!


Ok bye peace. Haha sorry kalau entry kali ni tak best. :p *kesah lak aku*







Friday, May 10, 2013

Evil Sister. Muahaha

Assalamualaikum semua. Akhirnya, aku dapat meneka password Raihana. Muhaha, untuk pengetahuan anda manusia yang sedang menaip papan kekunci di atas komputer riba inilah kakak kandung beliau. Muka tidak serupa sama sekali, tapi suara mungkin sama. Kata orang. Setelah lama aku memerah otak meneka password yang beliau gunakan, akhirnya, satu ilham daripada Allah S.W.T dikurniakan kepada aku. Alhamdulillah, dapat juga aku menggodam blog beliau. Sebenarnya, saya tidak berasa apa-apa yang menarik tentang menulis blog dan cukup hairan mengapa remaja mutakhir ini sibuk membuat blog dan menceritakan apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. *likeIGiveAShit* Maaf dengan kata-kata yang agak kasar yang telah dihamburkan melalui taipan. Saya tidak mengerti mengapa saya masih menaip. Mungkin ini satu penyakint? Kita sendiri tidak tahu. Sebenarnya, Hari Isnin ini merupakan exam Science yang harus saya duduki. Tapi, hairan, aku sungguh malas untuk menggerakkan tulang 4 kerat ini untuk membaca, walaupun hanya menggunakan mata untuk membaca tapi azam, hati yang menentukan berapa lama kita nak baca. Ahhh aku tidak faham apa yang aku taipkan ini. Alhamdulillah, aku sudah selesai menjawab exam geo, math, sc, kh, bi,bm,sejarah. Aku mohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan aku di atas muka bumiNya, dan mencurahkan rahmat serta hidayahNya kepada diri aku. Aku berusaha sebaik mungkin untuk mendapat 8A dalam peperiksaan pertengahan tahun. Amin. Sekian saja. Aku menoleh ke arah jam di skrin kompuer, dan ianya 1:58 p.m. Mungkin ini masanya untuk aku berundur diri. Maaf jika kata-kata saya ini menyinggung hati mana-mana pihak. Sebelum saya berundur daripada blog ini, saya ingin menasihati semua agar menjaga solat kerana solat itu tiang agama dan solatlah yang membezakan antara yang Islam dan kafir, solatlah merupakan amalan pertama yang akan ditanya di alam kubur, solatlah yang akan menjauhkan kita daripada perkara keji dan mungkar. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
p/s maaf cara taipan saya agak formal dan jika ada typo fahamkan sendiri. :p
p/s Geo saya dapat 85. Alhamdulillah.

Wednesday, May 1, 2013

Baru Belajaqq


Assalamualaikum.
Aku cuba buat benda ni. Dok tahu lah. Nak merasa je ni. Sesekali nak buat gif an. Aku tukar gambar. Wagaga.



Gua rasa cool je

Assalamualaikum.