Sunday, September 30, 2012

Doodle Pertama


Assalamualaikum Dan Haluuuuuuuuu!

Kalau tengok tittle pun dah tahu kan? Haha. Dah bertungkus lumus aku tengok tutorial. Sorry, tak boleh credit, sebab banyak sangat! Then, adalah tutorial tu suruh download Paint Sai. Oklah aku guna tu. Senang sikit kerja. Then, aku ni tangan dahla gegar-gegar, manalah cantik outline doodle tu kan?
Hasilnya!!!

Ahhhhhhhh!

Mula-mula oklah. Jadi. Tapi, ni je yang aku rasa yang paling terbaik dan kakak dan adik aku kata 'Failed!'. Aku akui itu. *takyah nak bajet sangattttt* Huhu. Korang boleh kongsi sedikit tip tak macam mana nak buat doodle tu perfect? Puas aku menjinakkan diri kat Paint SAI tu, tapi tak jadi juga.

Assalamualaikum.
Tengah frustrated ni.


Tuesday, September 25, 2012

Kejelesan Berganda-ganda

Tajuk entry memang tak boleh bla. Eh, sukati gua la. Ok. Sebelum aku membebel selama 3 jam mari kita mulakan. Harini adik aku Farah Hazwani dapat jumpa dengan Ain Maisarah. Hurmmm. Aku tak tahu nak explain apalagi.
*Suasana sedih menyelubungi entry*
.......................................................................................................................................
 JEALOUS?  SAKIT HATI? NAK WRESTLING? KAU TAHU? Eh, memang tipulah kalau aku cakap aku tak jeles sebab dari aku umur 10 tahun sampai lah dah tua ni 14 tahun *takyah nak tua sangat. sepak kang* aku baca novel-novel dia version 'Aku Mahu' tu. Aku dah berangan-angan selama ni nak jumpa dia engko tahu. Pastu, adik aku yang tak pernah baca novel Si Ain Maisarah tetiba pulak dapat jumpa dia. Memang nak kena sekeh ah. Tapi, aku tak berani nak sekeh dia. Nanti dia jerit, aku pulak yang kena siku, sekeh, tempeleng dengan mak aku. *lari topik* Ok. Ok. Sorrylah. Farah Raihana memang suka buat entry lari topik. mwehehehe. *kembang hidung* Walaupun aku tak ditakdirkan untuk jumpa dia, tapi aku tetap akan menjadi peminat setia dia. Aku akan sentiasa menyokong Kak Ain Maisarah dalam menjalani liku-liku hidup yang penuh dengan cabaran era globalisasi ini *mata bersinar*. Ayat gua hebat. Tepuk tangan. Ala.. small matter la.. * lap kuku kat baju* Gua ikhlas tau. Aku bantai suruh adik aku beli buku Jutawan Gedik, Aku Mahu Teman Tapi Mesra,Projek Diet dan tajuknya apa ntah dah lupa. Yang menariknya, buku-buku tu diveli guna duit adik aku. Hahahah. Gua rasa best tak terhingga. Kahkahkahkah.  Semua tajuk novel seperti khas untuk kanak-kanak ribena. Aku kisah apa?  Hek Eleyy, tak payah nak bajet dewasa sangatlah. Podaaaa.. 



Gambar ini sedikit sebanyak menganggu emosi aku sebagai peminat setia Ain Maisarah. tsk.tsk.

Harap-harap satu hari nanti aku dapat jumpa dia. Amin. Aku doakan yang terbaik untuk Kak Ain Maisarah. Semoga idea dan ilham bertambah-tambah dan Semoga berjaya. 

p/s Akak comel. baik. cantik. gedik boleh tahanlah.

_______________________________________________________

Dan tahniah lah kepada adik aku sebab ada peluang nak jumpa dengan dia. Heh. Gua tak merajuk pun. tsk.tsk. *letak kepala bawah bantal*


Sunday, September 23, 2012

Contest Blog Saya Jadi Cantik Selepas Menggunakan Template Washed Denim/Denim

Klik banner untuk join!

Pemangsa yang aku nak tag harini ialah:


Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?


Soalan Pertama: Kenapa aku terjah?
Aku rasa aku terjah blog orang sebab aku nak tengok gambar je. 10% lagi aku baca lah sikit. Dan ambil info-info kalau yang berguna tu. Terutama tentang homework aku ni. *ehek

Soalan Kedua: Kenapa aku follow?
Aku rasa aku follow orang sebeb selepas aku terjah, bila aku dapati  blog diorang tu berguna, aku pun follow lah. Dan ala-ala yang comel gituh, aku pun follow la. Lagi satu, yang follower sikit ciput, aku pun follow la.

Alang-alang tengah free ni, aku pun join segmen MyIdeaKini

Pemangsa-pemangsa yang aku nak tag ialah:








Alang-alang aku dah tag korang, korang apalagi, join lah! Best wooo.









Segmen: Saya Nak Hadiah Misteri Dari Si Pipi Merah

Misteri.

Takde kerja, So, join je la. Hoping dapat kalau ada rezeki. Kalau tak dapat, itu semua ketentuan Tuhan.

Saturday, September 22, 2012

Credits to You

Assalamualaikum.
Harini nak credit seseorang.
Almaklumlah, saya ni bukan kreatif sangat orangnya. Jadi, saya tak pandai design. Then, adalah Cik Adik sorang ni yang buat header yang comel. Aku tertarik. Apalagiii, belasah laa. Thanks tau Nina.

So, setelah dia bertungkus lumus menyiapkan header ni, inilah hasilnya:

Aku tau header ni comel. Jangan pengsan.

So, Nina, thanks sebab buatkan akak benda ni. Akak appreciate sangat. Credit card takde, cuma credits post ni je yang boleh akak bagi. Kuang Kuang Kuang.



Tuesday, September 18, 2012

Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam

Lebam-lebam aku.
Julah followers sekarang: 11 :(

Jom join pertandingan ni. Tapi kena rajin blogwalking kay? *hoping*

Sunday, September 2, 2012

MeRAYAkan Merdeka

Assalamulaikum.
31 Ogos 2012 (55 tahun merdeka)
Selamat Hari Merdeka.

Sebenarnya tahun ni saya tak sambut meriah mana pun. Setakat nyanyi-nyanyi. Joget-joget. Bolehla. Sebab hari tu saya Raya. Yeee, saya tau, saya out dated. Dah 2 minggu raya, baru nak pergi raya. Tapi tak apa, suasana Raya masih 'hot' lagi. Dan masa tulah, saya Raya dan seterusnya merasmikan Hari Merdeka Malaysia. Eceh. Best kitorang jalan-jalan cari makan dan cari duit raya. Saja-saja nak memenuhkan tabung. Actually, my purse.

Tak salah, saya Raya 7 buah rumah sahaja. Okay?! Kalau tak, saya dah Raya 10 BUAH RUMAH. Ini semua disebabkan kakak saya yang telefon saya jerit-jerit suruh balik. Then, bila balik suasananya macam tak ada apa-apa yang berlaku. Cuma 2 beradik saudara sedang menunggui saya puuunnn. MUKA NAMPAK MACAM BAIK JE.  PADAHAL HAMPEH.



That is Humairah. The most K-Pop lover. Just ask anything about it, she can answer.
Tapi budak ni takde perasaan.

Ainul Atiq, main sorok-sorok pulak dia.
At the left, yang berbaju bunga-bunga kecil itu. as usual, my best friend, SYAFIQAH.
At the right, tengah mengepeace tu, HAKIMAH.
Selamba je dia. Haha.

That's all about the Merdeka Day and the Raya Day. Penat tau?! *ada korang kesah* Jalan dari Fasa 3, Fasa 1L sampailah ke Fasa 1H. Rasa macam Merentas Desa pun ada gak.

Tapi tak apa, disebabkan semangat nak menziarahi dan mendapat duit raya, aku sanggup meredahinya. Ceh, Farah.

Assalamualaikum.
Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.