Tuesday, September 25, 2012

Kejelesan Berganda-ganda

Tajuk entry memang tak boleh bla. Eh, sukati gua la. Ok. Sebelum aku membebel selama 3 jam mari kita mulakan. Harini adik aku Farah Hazwani dapat jumpa dengan Ain Maisarah. Hurmmm. Aku tak tahu nak explain apalagi.
*Suasana sedih menyelubungi entry*
.......................................................................................................................................
 JEALOUS?  SAKIT HATI? NAK WRESTLING? KAU TAHU? Eh, memang tipulah kalau aku cakap aku tak jeles sebab dari aku umur 10 tahun sampai lah dah tua ni 14 tahun *takyah nak tua sangat. sepak kang* aku baca novel-novel dia version 'Aku Mahu' tu. Aku dah berangan-angan selama ni nak jumpa dia engko tahu. Pastu, adik aku yang tak pernah baca novel Si Ain Maisarah tetiba pulak dapat jumpa dia. Memang nak kena sekeh ah. Tapi, aku tak berani nak sekeh dia. Nanti dia jerit, aku pulak yang kena siku, sekeh, tempeleng dengan mak aku. *lari topik* Ok. Ok. Sorrylah. Farah Raihana memang suka buat entry lari topik. mwehehehe. *kembang hidung* Walaupun aku tak ditakdirkan untuk jumpa dia, tapi aku tetap akan menjadi peminat setia dia. Aku akan sentiasa menyokong Kak Ain Maisarah dalam menjalani liku-liku hidup yang penuh dengan cabaran era globalisasi ini *mata bersinar*. Ayat gua hebat. Tepuk tangan. Ala.. small matter la.. * lap kuku kat baju* Gua ikhlas tau. Aku bantai suruh adik aku beli buku Jutawan Gedik, Aku Mahu Teman Tapi Mesra,Projek Diet dan tajuknya apa ntah dah lupa. Yang menariknya, buku-buku tu diveli guna duit adik aku. Hahahah. Gua rasa best tak terhingga. Kahkahkahkah.  Semua tajuk novel seperti khas untuk kanak-kanak ribena. Aku kisah apa?  Hek Eleyy, tak payah nak bajet dewasa sangatlah. Podaaaa.. 



Gambar ini sedikit sebanyak menganggu emosi aku sebagai peminat setia Ain Maisarah. tsk.tsk.

Harap-harap satu hari nanti aku dapat jumpa dia. Amin. Aku doakan yang terbaik untuk Kak Ain Maisarah. Semoga idea dan ilham bertambah-tambah dan Semoga berjaya. 

p/s Akak comel. baik. cantik. gedik boleh tahanlah.

_______________________________________________________

Dan tahniah lah kepada adik aku sebab ada peluang nak jumpa dengan dia. Heh. Gua tak merajuk pun. tsk.tsk. *letak kepala bawah bantal*


1 comment:

  1. haii..mari la join giveaway makeup saya..

    http://oneniezuka.blogspot.com/2012/09/giveaway-saya-nak-makeup.html

    ReplyDelete