Thursday, July 26, 2012

Peristiwa Ramadhan

Assalamualaikum,

Ok. Pertama kali nak edit-edit blog ni, susah la sikit. Tapi nak buat macam mana? Kena lah buat jugak kan? Kalau korang tengok kat sidebar kanan atas sikit tu, ada tulisan orang intai di sini. Ceh, macamlah ada orang nak intai2 blog ni. Lagi-lagi nak tengok? Hmm, tak payahla. Buat blog ni cuma nak syok sendiri. *haha*

By the way, Mrs.P nak cakap selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Memang banyak dugaan untuk puasa ni, tapi kalau ikhlas kerana Allah, InsyaAllah kita takkan hirau semua tu. Lagi-lagilah masa matahari tengah tegak kat atas. Tambah2 lagi musim pemanasan global. Huhhh. Tergugat.

Tadi dekat Van semua cakap "Panaslah! Nak balik! Cik Siti, (pemandu van) nak balik cepat!!!" Last2, aku juga yang kena hantar dulu dengan Mak Cik Siti tu. *padan muka*. Eh2, Tak Baik2. Tu la, merungut-rungut lagi. Kan dah. Kalau dengan kawan aku, aku bising nak amat, tapi kat Van, Puuuhh, macam Gadis Melayu Terakhir.

Tiap-tiap hari aku berusaha untuk puasa makan dan minum dengan anggota sekali. Tapi, kadang-kadang tak boleh. Mulut aku ni dengan ringan macam feathers ni keluar benda-benda yang mencarut. Tapi lepas tu, mesti ucap astaghfirullahalazim.(kat dalam hati). Kalau korang ada buat dosa-dosa yang tak sepatutnya, baik baca doa ni:

"Astagfirullahalazim allazi la ila ha illa hual hayyul qayyum waatubu ilaik"

"Sesiapa yang membaca Astagfirullahalazim allazi la ila ha illa hual hayyul qayyum waatubu ilaik, maka diampunkan segala dosanya walaupun ia pernah melarikan diri daripada peperangan".

Aku cari dalam jawi tak ada la pulak. Jadi, pandai-pandailah korang ye baca. Takkanlah tak pernah jumpa kalimah ni. Jangan korang cakap aku tipu pulak, sebab jahat-jahat aku ni pun, aku selalu buka Astro Oasis. ceh riak gila. tak tak, bukaklah kadang kadang hahahah. Kena ikhlas ya. ;)

Sampai sini je lah ya. 

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment