Sunday, May 26, 2013

Ujian?


Assalamualaikum semua. Haha lamo dah den tak apdet blog ni. Maklumlah kak ton busy jual produk beauty umaira dekat customer-customer kak ton. Kakton comel ok? *lawak hambar* Hahaha walaupun perasaan aku ni rasa aku ni syok sendiri menaip, aku tetap menaip. Menekan papan kekunci tanpa rasa bosan. Idea dah buntu. Susah mahu memerah otak menaip ayat yang best untuk kengakawan sume. Blog aku memang tak best Hahaha. 


MENGAPA?!

Ahhh susah gua nak terangkan perasaan gua sekarang ni. Sebelum entry memangjang kepada 2 page, baik aku listkan soklan-soklan yang lekat dalam palotak aku ni.

1) Kenapa lepas cuti jugak nak ada exam?

2) Asal tak sebelum cuti je pekse ha?

3) Asal macam susah sangat aku nak study ni?

4) Asal aku tak paham ngan benda benda ni?

5) Asal mak aku kata algebraic senang? Bagi aku susah do...

6) Cikgu nak suruh kitorang study ke nak seksa supaya tak menikmati sepenuhnya cuti 2 minggu?!

7) Susahnya nak fokus? Duhhhh


Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, exam. exam. exam.exam. Kenapa ko wujud ah? Aku benci ko.

Aku bengang betul ngan cikgu, kata bebudak PBS pekse akhir tahun 'JE'. Tapi lain lak citernya skang. Waduh waduh waduh. Emangnya gampang apa mau study waktu cuti? Bila cuti, mesti aku nak pergi jenjalan sume. Masalahnya, exam do. 24 jam dok terpikir kat paleotak ni. Abang ngan kakak lak kuangja ngan aku, ejek aku bagai. Keling betul. Takpelah, demi masa depan yang cerah, aku akan berjuang bak kata pepatah menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. *walaweh ayat gua, tak leh belah* Semua kesumarians Form 2, marilah kita sama-sama stresskan diri secara berjemaah, study masa cuti walaupun hati rasa nak memberontak, jom nangis sesama dalam peti ais, study jangan tak study. Kang nak jawab pekse, apa pun tak boleh. engko semua jangan blank lak nanti. SEMOGA BERJAYA!


Ok bye peace. Haha sorry kalau entry kali ni tak best. :p *kesah lak aku*







Friday, May 10, 2013

Evil Sister. Muahaha

Assalamualaikum semua. Akhirnya, aku dapat meneka password Raihana. Muhaha, untuk pengetahuan anda manusia yang sedang menaip papan kekunci di atas komputer riba inilah kakak kandung beliau. Muka tidak serupa sama sekali, tapi suara mungkin sama. Kata orang. Setelah lama aku memerah otak meneka password yang beliau gunakan, akhirnya, satu ilham daripada Allah S.W.T dikurniakan kepada aku. Alhamdulillah, dapat juga aku menggodam blog beliau. Sebenarnya, saya tidak berasa apa-apa yang menarik tentang menulis blog dan cukup hairan mengapa remaja mutakhir ini sibuk membuat blog dan menceritakan apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. *likeIGiveAShit* Maaf dengan kata-kata yang agak kasar yang telah dihamburkan melalui taipan. Saya tidak mengerti mengapa saya masih menaip. Mungkin ini satu penyakint? Kita sendiri tidak tahu. Sebenarnya, Hari Isnin ini merupakan exam Science yang harus saya duduki. Tapi, hairan, aku sungguh malas untuk menggerakkan tulang 4 kerat ini untuk membaca, walaupun hanya menggunakan mata untuk membaca tapi azam, hati yang menentukan berapa lama kita nak baca. Ahhh aku tidak faham apa yang aku taipkan ini. Alhamdulillah, aku sudah selesai menjawab exam geo, math, sc, kh, bi,bm,sejarah. Aku mohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan aku di atas muka bumiNya, dan mencurahkan rahmat serta hidayahNya kepada diri aku. Aku berusaha sebaik mungkin untuk mendapat 8A dalam peperiksaan pertengahan tahun. Amin. Sekian saja. Aku menoleh ke arah jam di skrin kompuer, dan ianya 1:58 p.m. Mungkin ini masanya untuk aku berundur diri. Maaf jika kata-kata saya ini menyinggung hati mana-mana pihak. Sebelum saya berundur daripada blog ini, saya ingin menasihati semua agar menjaga solat kerana solat itu tiang agama dan solatlah yang membezakan antara yang Islam dan kafir, solatlah merupakan amalan pertama yang akan ditanya di alam kubur, solatlah yang akan menjauhkan kita daripada perkara keji dan mungkar. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
p/s maaf cara taipan saya agak formal dan jika ada typo fahamkan sendiri. :p
p/s Geo saya dapat 85. Alhamdulillah.

Wednesday, May 1, 2013

Baru Belajaqq


Assalamualaikum.
Aku cuba buat benda ni. Dok tahu lah. Nak merasa je ni. Sesekali nak buat gif an. Aku tukar gambar. Wagaga.



Gua rasa cool je

Assalamualaikum.

Saturday, April 13, 2013

Pakistan!

Assalamualaikum.
Ceceh, tengok title 'Pakistan' semua ingat aku pergi ke sana, ye dok? Sebenarnya, bukanlah macam gitu. Aku ada satu kawan ni, dia ni amatlah peramah! Macam sepetik jari je, kau boleh dekat ngan dia. Wooosh, yang membuatkan aku rapat lagi dengan budak ni ialah dia cam sejenis ah dengan aku. MEREPEK. Itu hobi aku. Muka je macam matured, tapi bab merepek meraban ni memang kerja aku.

And, selain pandai, dia juga CUN! COMEL!. Ahhh, aku yang perempuan ni pun boleh cair tengok dia. Like seriously, dia macam perempuan Arab. Okay, let's straight to the point.

Mula-mula aku jumpa dengan dia ni, dia takdelah mesra sangat. Then, dia duduk depan aku, start dari situ la aku rapat dengan dia. Like this tau, mula-mula tegur bebaik, macam peramah la sangaadd kan aku ni. Lepastu, lama-lama dia macam sama spesies dengan aku. So, apalagi, menggila lah dengan dia!

Yang paling sedihnya, last-2 minute baru dia bagitau yang dia pindah Pakistan. Uhh, I'm like, "Kenapa tak bagitau awal-awal?" You know what, people will appreciate someone more when they just have a limited time to meet that person. Kan? Then, aku terkezuttt! Perasaan sedih menyelubungi hati aku. T_T

Cun kan? Like kawan-kawannya lah.

Okay, hari-hari terakhir aku bersama dia, sedih gila. Okay. So macam gini, aku dan Syafiqah ikut dia ke bilik guru untuk dia salam-salam dengan guru-guru dia. Serious, cam sunyi. Dekat bilik guru tu, aku tak masuklah. Nanti macam awkward dia salam-salam, kita nyibuk macam bodyguard. Dia keluar je, aku nampak mata dia merah. Nangis lah tu kan. Sampai di makmal Sains, aku ternampak Puan Zakinah, aku pun kata "Fatin, salam ah cikgu Zakinah" Lepastu, dia gostan dengan cara dia tu, lepastu masuk. Then, diorang pepeluk, sesalam semua. Then, dengan spontan aku pergi cakap "Ala, cikgguuuu, nak jugakk" dengan suara manja kegedikan aku tu. Gedik kan? Lepastu cikgu kata "Hahaha, nak jugakkk" And I'm like "Heeeeeee" Tapi aku tak peluk ar, aku cuma layan anak cikgu tu, tapi malangnya tak dilayan. T_T

And, balik tu, akibat terlalu rush sangat nak rebut van, aku tak sempat nak peluk dia. Sedih lagi. Tapi bila aku di dalam van, aku terlihat mak dengan ayah dia. Ayah dia tak nangis, cuma mak dia nangis. Alahai, kesiannya. 

Dan sekarang! Aku selalu mention dia di Twitter, chatting di Facebook. Mesra kan? Lebih-lebih lagi cakap pasal 'boxer'. Haha! Dia tak sekolah lagi kot sebab 'Spring Break' katanya. Sekolah international tu! So, sampai situlah sahaja perkembangan dia pada hari ini. Yah, I want you to know that I really miss you now.

And, aku baru dapat berita yang salah seorang rakanku mahu pindah?! What? Kalau kau pindah, aku mahu ikut sekali.

Bye, semoga berjaya di sana, dengan suasana yang baru. 
Bye, Nurfatin Hafizah. :-)
Assalamualaikum.

Friday, March 29, 2013

Kelantan!

Assalamualaikum.
Post ni panjang sedikit, terserah kepada anda mahu membacanya atau tidak.

Okay. Pada minggu lepas, aku dan keluarga sedara mara semua pergi Kelantan. Aku memang dah minta izin kat Ustaz Aziz SAHAJA yang Jumaat aku tak datang. Nanti dia membebel pula kan? So, malam sebelum tu kitorang dah packing barang. Manalah tau, kalau last last minute ni, ada je barang yang terlupa. Kerana sifat ego aku ni, aku bawa beg sendiri. Selalunya kongsi lah kan, dalam beg sebesar gabrak tu. Ini disebabkan kerana nanti bercampur-campur lepastu bla bla bla. Understand what I mean? Yeah. Yang aku ingat dalam pukul 4.40 pagi kitorang dah gerak. Aku rasa pukul 6.00 pagi baru aku tersedar. Lepastu, aku nampak masjid. Solat Subuh.

Then bla bla bla, dah sampai. Keluarga aku memang dah plan nak tinggal kat homestay sebab mak aku memang tak tahu ada hotel kat situ. Then, gua terkezut sebab itu homestay mak Humairah, yang mak dia sewa. Husshh. Nak tengok? 

Quite selesa kan? Jangan terkejut badanku berbintat-bintat digigit nyamuk!
Banyak aihh nyamuknya!

Lepastu, dalam tu memang dah ada air, kuih sume. Baham ah. Dah la lapar sebab pagi tu mak buat nasi lemak, breakfast. Apalagi, rela ah berlapar.

Apa yang lagi terkezutnya ialah memang mak aku tak tahu yang nikahnya malam tu. Pagi masa Solat Subuh tu baru mak aku tahu. Jadi, baju replay ah. Bawa satu je. Nak pakai dua event. Sampai aku dengan kakak aku nak plan tukar baju esoknya. XD

That's the pengantin.

Okay. So, keesokan harinya, tiba-tiba pagi-pagi mak aku suruh mandi, nak pergi breakfast katanya. So, aku pakai je la baju jenjalan. Sebab majlisnya around 11.30 pagi gituw. So, cousin aku tak ikut sebab tak mandi lagi. T_T

Jadi, jalan-jalan lah juga di sekitar Kelantan. Memula, memang nak pergi McDonald. Lepastu, mak pula kata "McDonald, kat sana pun ada. Nak rasa air tangan Kelantan ni" Yeah, that word brought us to D' Klasik White Coffee.

 This is the funny part. Mula-mula memang aku tak rancang nak bawa dulang hantaran. Tapi, tiba-tiba ada pak cik bagi aku "Ni perempuan lagi elok bawa ni" Sambil kasi aku dulang yang berisi beg dan kasut. Lepastu, bila nak sampai pintu rumah tu, aku nak buka kasut, tak stabil then beg tu jatuh. Aku takde la kisah sangat. Abah , mak, abang aku kisah. Dorang kata "Eeee, buat malu je" I'm like, "Like I care then"

Tengahari tu juga kitorang balik. So, kitorang balik ikut Grik. Jadi, banyaklah bukit, tasik yang anda akan jumpa. Jumpa MRSM Grik, MRSM Aqila Shafiqa uollsss. Singgah di bukit, mak aihh memang seram ah. Takde divider langsung! Tapi macam magical, panas tapi sejuk. Subhanallah!

 Muka tak boleh bla. XD

Cousin I.

Itu baru satu keluarga tu, tak masuk lain-lain.

So, Alhamdulillah, kami sampai di rumah kekira 2.00 pagi. Entahla, mamai mamai masa tu. Jadi, memang best lah kan di Kelantan. Aku yang over. Haha. Harap2 dapat pergi lagi.

Assalamualaikum.


Monday, January 7, 2013

2013


Assalamualaikum semua. Hai. Harini aku takde idea nak buat post apa tapi yang penting sekarang dah masuk tahun baru. 2013. 2013 ya anak-anak sekalian bukan 2012. Mesti korang semua dah ada azam-azam yang memang gila semangat biar mimpi sampai ke bintang habis kan. (Heh, tu tak lawak) Aku pun ada azam jugak. Tapi aku taknak la bagitahu azam-azam aku tu kang aku tulis kat sini tak cukup 1 page. Rasanya 200 page lebih kot. (Heh, tu tak lawak lagi) Yang penting aku ada azam aku sendiri dan aku taknak kongsi azam aku. Apa? Kau nak kato den kodokut? Den ni takdola hebat sangat sobonarnyo. Hehe. Den sajo jo nak cakap nogori. Banggo jadi orang Nogori woi. Negeri Sembilan! Ok. Melalut dah ni. Azam aku tu biarlah rahsiaa. Siti Nurhaliza sangaaat kaaauu! Yang menjadi masalah utama dalam hidup seharian dan sering terlintas di kepala hotak dan juga mendebarkan jantung dan saraf-saraf yang lain ialah PBS. PBS ni teramat amat amat amat amat (sambung amat anda) leceh. Kena buat presentation la apo lah. Heii malas betul. Bertuah betul batch 98 tu. Tapi masalah diorang pulak PMR. Apa pun aku redha dengan qada dan qadar Allah S.W.T. Takdola den ado maso nak meraung menangis semalaman. Hidup perlu diteruskan ya ibu ibu bapak bapak ya semuanya! Pokoknya kamu harus belajar. Pokoknya pokok jering. (Heh kau ni dahlah tu tak lawak lagi) Ok semua. bye. sorila kalau buat kau bazir maso baco entry den. haha. sapa suruh baca. *Eh, ada orang nak baca ke? Peghasan.