Friday, March 29, 2013

Kelantan!

Assalamualaikum.
Post ni panjang sedikit, terserah kepada anda mahu membacanya atau tidak.

Okay. Pada minggu lepas, aku dan keluarga sedara mara semua pergi Kelantan. Aku memang dah minta izin kat Ustaz Aziz SAHAJA yang Jumaat aku tak datang. Nanti dia membebel pula kan? So, malam sebelum tu kitorang dah packing barang. Manalah tau, kalau last last minute ni, ada je barang yang terlupa. Kerana sifat ego aku ni, aku bawa beg sendiri. Selalunya kongsi lah kan, dalam beg sebesar gabrak tu. Ini disebabkan kerana nanti bercampur-campur lepastu bla bla bla. Understand what I mean? Yeah. Yang aku ingat dalam pukul 4.40 pagi kitorang dah gerak. Aku rasa pukul 6.00 pagi baru aku tersedar. Lepastu, aku nampak masjid. Solat Subuh.

Then bla bla bla, dah sampai. Keluarga aku memang dah plan nak tinggal kat homestay sebab mak aku memang tak tahu ada hotel kat situ. Then, gua terkezut sebab itu homestay mak Humairah, yang mak dia sewa. Husshh. Nak tengok? 

Quite selesa kan? Jangan terkejut badanku berbintat-bintat digigit nyamuk!
Banyak aihh nyamuknya!

Lepastu, dalam tu memang dah ada air, kuih sume. Baham ah. Dah la lapar sebab pagi tu mak buat nasi lemak, breakfast. Apalagi, rela ah berlapar.

Apa yang lagi terkezutnya ialah memang mak aku tak tahu yang nikahnya malam tu. Pagi masa Solat Subuh tu baru mak aku tahu. Jadi, baju replay ah. Bawa satu je. Nak pakai dua event. Sampai aku dengan kakak aku nak plan tukar baju esoknya. XD

That's the pengantin.

Okay. So, keesokan harinya, tiba-tiba pagi-pagi mak aku suruh mandi, nak pergi breakfast katanya. So, aku pakai je la baju jenjalan. Sebab majlisnya around 11.30 pagi gituw. So, cousin aku tak ikut sebab tak mandi lagi. T_T

Jadi, jalan-jalan lah juga di sekitar Kelantan. Memula, memang nak pergi McDonald. Lepastu, mak pula kata "McDonald, kat sana pun ada. Nak rasa air tangan Kelantan ni" Yeah, that word brought us to D' Klasik White Coffee.

 This is the funny part. Mula-mula memang aku tak rancang nak bawa dulang hantaran. Tapi, tiba-tiba ada pak cik bagi aku "Ni perempuan lagi elok bawa ni" Sambil kasi aku dulang yang berisi beg dan kasut. Lepastu, bila nak sampai pintu rumah tu, aku nak buka kasut, tak stabil then beg tu jatuh. Aku takde la kisah sangat. Abah , mak, abang aku kisah. Dorang kata "Eeee, buat malu je" I'm like, "Like I care then"

Tengahari tu juga kitorang balik. So, kitorang balik ikut Grik. Jadi, banyaklah bukit, tasik yang anda akan jumpa. Jumpa MRSM Grik, MRSM Aqila Shafiqa uollsss. Singgah di bukit, mak aihh memang seram ah. Takde divider langsung! Tapi macam magical, panas tapi sejuk. Subhanallah!

 Muka tak boleh bla. XD

Cousin I.

Itu baru satu keluarga tu, tak masuk lain-lain.

So, Alhamdulillah, kami sampai di rumah kekira 2.00 pagi. Entahla, mamai mamai masa tu. Jadi, memang best lah kan di Kelantan. Aku yang over. Haha. Harap2 dapat pergi lagi.

Assalamualaikum.


1 comment: