Friday, May 10, 2013

Evil Sister. Muahaha

Assalamualaikum semua. Akhirnya, aku dapat meneka password Raihana. Muhaha, untuk pengetahuan anda manusia yang sedang menaip papan kekunci di atas komputer riba inilah kakak kandung beliau. Muka tidak serupa sama sekali, tapi suara mungkin sama. Kata orang. Setelah lama aku memerah otak meneka password yang beliau gunakan, akhirnya, satu ilham daripada Allah S.W.T dikurniakan kepada aku. Alhamdulillah, dapat juga aku menggodam blog beliau. Sebenarnya, saya tidak berasa apa-apa yang menarik tentang menulis blog dan cukup hairan mengapa remaja mutakhir ini sibuk membuat blog dan menceritakan apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. *likeIGiveAShit* Maaf dengan kata-kata yang agak kasar yang telah dihamburkan melalui taipan. Saya tidak mengerti mengapa saya masih menaip. Mungkin ini satu penyakint? Kita sendiri tidak tahu. Sebenarnya, Hari Isnin ini merupakan exam Science yang harus saya duduki. Tapi, hairan, aku sungguh malas untuk menggerakkan tulang 4 kerat ini untuk membaca, walaupun hanya menggunakan mata untuk membaca tapi azam, hati yang menentukan berapa lama kita nak baca. Ahhh aku tidak faham apa yang aku taipkan ini. Alhamdulillah, aku sudah selesai menjawab exam geo, math, sc, kh, bi,bm,sejarah. Aku mohon kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan aku di atas muka bumiNya, dan mencurahkan rahmat serta hidayahNya kepada diri aku. Aku berusaha sebaik mungkin untuk mendapat 8A dalam peperiksaan pertengahan tahun. Amin. Sekian saja. Aku menoleh ke arah jam di skrin kompuer, dan ianya 1:58 p.m. Mungkin ini masanya untuk aku berundur diri. Maaf jika kata-kata saya ini menyinggung hati mana-mana pihak. Sebelum saya berundur daripada blog ini, saya ingin menasihati semua agar menjaga solat kerana solat itu tiang agama dan solatlah yang membezakan antara yang Islam dan kafir, solatlah merupakan amalan pertama yang akan ditanya di alam kubur, solatlah yang akan menjauhkan kita daripada perkara keji dan mungkar. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
p/s maaf cara taipan saya agak formal dan jika ada typo fahamkan sendiri. :p
p/s Geo saya dapat 85. Alhamdulillah.

2 comments:

  1. tp cara your sis menaip ni macam dia sebenarnya teringin berkongsi pengalaman hidup di blog je. awak tlg la buat blog satu kt dia. hehe

    ReplyDelete
  2. Haihh. Entah apa-apa. I will make one later. :-)

    ReplyDelete