Thursday, June 13, 2013

Punca perut menjadi buncit.

Assalamualaikum, hai semua makhluk Allah S.W.T sekalian. Hehe lama dah tak update blog. Sori eh semua. (bajet je ko farah macam ada pembaca setia je :p) Okay, harini aku nak kongsi sikit ilmu aku kat semua. Sharing is caring riiiteee. haha gediknyya. tolong sepak aku skang. hahahaha jom kita mulakan! *krikkrikkrik*
*drum roll* Inilah faktor perut kita jadi buncit. watlek der scroll je bawah ni. harap lepas ni ko insaf. T.T
1. Overeating-makan terlalu banyak.
Hamboii kemain bengkak kau punya perut pakcik hoii. Inilah yang selalu menjadi habit orang M'sia ni. Mentang-mentang makanan kat Malaysia ni sedap-sedap, ko tak leh kawal pulak nafsu makan kau tu. Pisang goreng, keropok lekor, karipap, ketayap, kuih cara sume kau nak bedal. Aku pun tak leh nak nafikan makanan-makanan tu memang pehh sedap bai, tapi kita kena pandai kawal ye anak-anak. Muhasabah diri gak aku ni. Tengok kopok leko je dah terkinja-kinja. kihkihkih
2. Eating too fast-makan terlalu cepat.

Hah inilah lagi satu pakcik yang nak kena pelempang dengan aku. Hahaha.(pakcik dalam gambar takde kena mengena dengan yang hidup atau mati hehe) Cubalah ko makan pelan-pelan. Take time derrr. Otak akan menerima petanda kita kenyang selama 20 min. Kalau kau makan laju gila macam Usain Bolt,otak ko tak menerima petanda tu dan ko akan rasa lapar lapar dan lapaqq. Seelok-eloknya, kita kunyah makanan 40 kali, bior makanan tu lumat dan hancur betul-betul supaya  makanan tu boleh digest dengan senang dan kau akan perasan kau dah kenyang walaupun baru makan satu per dua makanan dalam pinggan kau. Selain tu, kunyah 40 kali ni sunnah Rasulullah S.A.W. So, bukan sahaja dapat mengelakkan perut buncit tapi malah mendapat pahala sunat. Wow 2 in 1 bhai. Untuk menerapkan nilai murni dalam diri korang semua, *ceh* bacalah doa makan sebelum makan.  Dapat lagi pahala wei. Tak sia-sia kau baca blog aku ni. hahhaaha

3. Carbonated drinks-air gas
Buih udara yang ada kat dalam airgas ini boleh buat perut kita jadi buncit. Ha sekarang baru tahu! (eww sakainya) Memang dalam iklan tu cakap-'refreshing' tapi dia tipu tu sebenarnya. kehkehkeh Kan bagus kalau minum air mineral ke green tea ke air krisantimum ke. Sedap kot. Bagi aku, air gas ni memang aku benci gila-gila. Kalau dah haus sangat baru aku telan. Alhamdulillah, nasib baik aku tak tergolong dalam golongan peminat air gas. 


4. Fried foods/oily foods.-makanan bergoreng dan berminyak.


Senanya makan makanan bergoreng ni tak salah cuma cuba kurangkan pengambilan kalau boleh elakkan. Potato chips macam mister potato, pringles dll yang kat luar tu berlambak  lagilah teruk, banyak penyakit kalau kau takleh nak kawal.


Okay, sampai sini je. Kalau korang ada recommendations lain ke boleh la komen. Marilah kita sama-sama jadi warga Malaysia yang sihat. Janganlah makan pisang goreng, kopok leko banyak sangat ye as they were the most popular foods in Malaysia. Haha. mohon memakcik yang jual pisang goreng atau kpok leko ni tak terasa. Hahaha. Maaf kalau ada salah silap dari segi taipan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bye-bye!




    



1 comment:

  1. nenek aku cakap, lepas minum jangan baring.
    nanti perotnye buncitt... >_<
    macam ada agenda lain je post ni ??

    ReplyDelete