Sunday, December 9, 2012
MALAYSIA VS THAILAND
Friday, November 30, 2012
Hari Yang Bahagia
Assalamualaikum.
Hari ni merupakan hari yang.emm.emm. bahagia la jugak.
Aku dapat hadiah dari www.myideakini.com
Aku berharap aku dapat pendrive 4GB tu, tetapi..aku hanya dapat hadiah istimewa. Aku tak tau hadiahnya apa. Lebih buruk ke, lebih baik ke.
Hmmmm. :/ Tapi bersyukur je lah. :DDD
Hmmmm. :/ Tapi bersyukur je lah. :DDD
Tu diaaaaaa.
Dahla. Kalau tengok previous entry, korang tau apa yang aku rasa sekarang.
1- Hamster aku ninggal
2- Kawan aku.
Bye.
Assalamualaikum.
xoxo,
Bye.
Assalamualaikum.
xoxo,
Farah.
Sunday, November 25, 2012
Promote: Aku Terjah, Aku Follow
Assalamualaikum.
Harini nak promote memandangkan space untuk peserta sudah semakin sikit.
Segmen ni akan menghadiahkan pendrive percuma kpd 50 bloggers yang bertuah mengikut keputusan pak random.org.
So, apa korang tunggu lagi? Pergi ke web yang tertera di bawah untuk menyertainya!
Wednesday, November 14, 2012
Finally ask.fm!
Assalamualaikum dan hello.
Akhirnya, tercipta jugakla ask.fm ni. Aku pun dah lama berhasrat untuk menubuhkan satu acc macam ni. Aku tangguh banyak kali. Website ni adalah untuk orang tanya kat kita. Dan sukahati mak kau la nak tanya aku apa. Aku akan jawab. Guarantee 100%. Dan majoriti website ni specially untuk artis je. Haha. Aku pun nak. Ok ,boo la. boo la. So, kalau korang nak tanya apa-apa soalan ke nak daftar ke, sila pergi ke website yang tertera di bawah.
http://ask.fm/FarahRaihana
Anda dialu-alukan untuk menanyakan soalan kepada saya. Saya akan jawab as quick as I can. Okay?
Anda dialu-alukan untuk menanyakan soalan kepada saya. Saya akan jawab as quick as I can. Okay?
Sampai situ sahaja. Terima kasih.
Assalamualaikum,
Assalamualaikum,
xoxo, Farah.
Thursday, November 8, 2012
:: Chocolate ::
Assalamualaikum.
Semenjak dua menjak ni, aku memang boring takde tahap. Tahap lagi tinggi daripada jamban, eh gaban. Semenjak seminggu ni, aku adalah buat paedah sikit. Iaitu TOLONG adik dan kakak aku bake biscuit. Enak tak terkata. Diulangi, tolong sahaja. Hasilnya:
Yang topping tu nestum okay. Bukan kelapa or hampas kelapa or apa-apa.
Memang terkembang-kembangg ah masa orang puji. Walaupun menolong je. Wuuuh. Gua memang obses dengan chocolate. Memanggg. Dan percaya atau tidak, aku dah naik 2 kg. OMG. Terkejut ak? Huhh. Dasar lemak, emang cemburu sama gue.
Dah 2 minggu tak blogging, rakan semua tanya. 'Asak tak blogging?' 'Lama tak update?'
Sebenarnya, memang aku busy studying. Untuk terus memegang nama kelas yang aku pegang. Haaa, kuat tak azam aku?
Sampai situ sahaja. Aku tak tau kenapa gambar biskut tu jadi macamtu. Haha. Kualitinya memang memang memang nak kena penampar!
Sampai situ sahaja. Aku tak tau kenapa gambar biskut tu jadi macamtu. Haha. Kualitinya memang memang memang nak kena penampar!
Assalamualaikum,
Bye ebelibadi.
Sunday, September 30, 2012
Doodle Pertama
Kalau tengok tittle pun dah tahu kan? Haha. Dah bertungkus lumus aku tengok tutorial. Sorry, tak boleh credit, sebab banyak sangat! Then, adalah tutorial tu suruh download Paint Sai. Oklah aku guna tu. Senang sikit kerja. Then, aku ni tangan dahla gegar-gegar, manalah cantik outline doodle tu kan?
Hasilnya!!!
Ahhhhhhhh!
Mula-mula oklah. Jadi. Tapi, ni je yang aku rasa yang paling terbaik dan kakak dan adik aku kata 'Failed!'. Aku akui itu. *takyah nak bajet sangattttt* Huhu. Korang boleh kongsi sedikit tip tak macam mana nak buat doodle tu perfect? Puas aku menjinakkan diri kat Paint SAI tu, tapi tak jadi juga.
Assalamualaikum.
Tengah frustrated ni.
Tuesday, September 25, 2012
Kejelesan Berganda-ganda
*Suasana sedih menyelubungi entry*
.......................................................................................................................................
JEALOUS? SAKIT HATI? NAK WRESTLING? KAU TAHU? Eh, memang tipulah kalau aku cakap aku tak jeles sebab dari aku umur 10 tahun sampai lah dah tua ni 14 tahun *takyah nak tua sangat. sepak kang* aku baca novel-novel dia version 'Aku Mahu' tu. Aku dah berangan-angan selama ni nak jumpa dia engko tahu. Pastu, adik aku yang tak pernah baca novel Si Ain Maisarah tetiba pulak dapat jumpa dia. Memang nak kena sekeh ah. Tapi, aku tak berani nak sekeh dia. Nanti dia jerit, aku pulak yang kena siku, sekeh, tempeleng dengan mak aku. *lari topik* Ok. Ok. Sorrylah. Farah Raihana memang suka buat entry lari topik. mwehehehe. *kembang hidung* Walaupun aku tak ditakdirkan untuk jumpa dia, tapi aku tetap akan menjadi peminat setia dia. Aku akan sentiasa menyokong Kak Ain Maisarah dalam menjalani liku-liku hidup yang penuh dengan cabaran era globalisasi ini *mata bersinar*. Ayat gua hebat. Tepuk tangan. Ala.. small matter la.. * lap kuku kat baju* Gua ikhlas tau. Aku bantai suruh adik aku beli buku Jutawan Gedik, Aku Mahu Teman Tapi Mesra,Projek Diet dan tajuknya apa ntah dah lupa. Yang menariknya, buku-buku tu diveli guna duit adik aku. Hahahah. Gua rasa best tak terhingga. Kahkahkahkah. Semua tajuk novel seperti khas untuk kanak-kanak ribena. Aku kisah apa? Hek Eleyy, tak payah nak bajet dewasa sangatlah. Podaaaa..
Gambar ini sedikit sebanyak menganggu emosi aku sebagai peminat setia Ain Maisarah. tsk.tsk.
Harap-harap satu hari nanti aku dapat jumpa dia. Amin. Aku doakan yang terbaik untuk Kak Ain Maisarah. Semoga idea dan ilham bertambah-tambah dan Semoga berjaya.
p/s Akak comel. baik. cantik. gedik boleh tahanlah.
_______________________________________________________
Dan tahniah lah kepada adik aku sebab ada peluang nak jumpa dengan dia. Heh. Gua tak merajuk pun. tsk.tsk. *letak kepala bawah bantal*
Sunday, September 23, 2012
Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?
Soalan Pertama: Kenapa aku terjah?
Aku rasa aku terjah blog orang sebab aku nak tengok gambar je. 10% lagi aku baca lah sikit. Dan ambil info-info kalau yang berguna tu. Terutama tentang homework aku ni. *ehek
Soalan Kedua: Kenapa aku follow?
Aku rasa aku follow orang sebeb selepas aku terjah, bila aku dapati blog diorang tu berguna, aku pun follow lah. Dan ala-ala yang comel gituh, aku pun follow la. Lagi satu, yang follower sikit ciput, aku pun follow la.
Alang-alang tengah free ni, aku pun join segmen MyIdeaKini.
Pemangsa-pemangsa yang aku nak tag ialah:
1. Rafflesia
Alang-alang aku dah tag korang, korang apalagi, join lah! Best wooo.
Segmen: Saya Nak Hadiah Misteri Dari Si Pipi Merah
Misteri.
Takde kerja, So, join je la. Hoping dapat kalau ada rezeki. Kalau tak dapat, itu semua ketentuan Tuhan.
Saturday, September 22, 2012
Credits to You
Assalamualaikum.
Harini nak credit seseorang.
Almaklumlah, saya ni bukan kreatif sangat orangnya. Jadi, saya tak pandai design. Then, adalah Cik Adik sorang ni yang buat header yang comel. Aku tertarik. Apalagiii, belasah laa. Thanks tau Nina.
So, setelah dia bertungkus lumus menyiapkan header ni, inilah hasilnya:
Harini nak credit seseorang.
Almaklumlah, saya ni bukan kreatif sangat orangnya. Jadi, saya tak pandai design. Then, adalah Cik Adik sorang ni yang buat header yang comel. Aku tertarik. Apalagiii, belasah laa. Thanks tau Nina.
So, setelah dia bertungkus lumus menyiapkan header ni, inilah hasilnya:
Aku tau header ni comel. Jangan pengsan.
So, Nina, thanks sebab buatkan akak benda ni. Akak appreciate sangat. Credit card takde, cuma credits post ni je yang boleh akak bagi. Kuang Kuang Kuang.
Tuesday, September 18, 2012
Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam
Lebam-lebam aku.
Julah followers sekarang: 11 :(
Jom join pertandingan ni. Tapi kena rajin blogwalking kay? *hoping*
Sunday, September 2, 2012
MeRAYAkan Merdeka
Assalamulaikum.
31 Ogos 2012 (55 tahun merdeka)
Selamat Hari Merdeka.
Sebenarnya tahun ni saya tak sambut meriah mana pun. Setakat nyanyi-nyanyi.Joget-joget. Bolehla. Sebab hari tu saya Raya. Yeee, saya tau, saya out dated. Dah 2 minggu raya, baru nak pergi raya. Tapi tak apa, suasana Raya masih 'hot' lagi. Dan masa tulah, saya Raya dan seterusnya merasmikan Hari Merdeka Malaysia. Eceh. Best kitorang jalan-jalan cari makan dan cari duit raya. Saja-saja nak memenuhkan tabung. Actually, my purse.
Tak salah, saya Raya 7 buah rumah sahaja. Okay?! Kalau tak, saya dah Raya 10 BUAH RUMAH. Ini semua disebabkan kakak saya yang telefon saya jerit-jerit suruh balik. Then, bila balik suasananya macam tak ada apa-apa yang berlaku. Cuma 2 beradik saudara sedang menunggui saya puuunnn. MUKA NAMPAK MACAM BAIK JE. PADAHAL HAMPEH.
31 Ogos 2012 (55 tahun merdeka)
Selamat Hari Merdeka.
Sebenarnya tahun ni saya tak sambut meriah mana pun. Setakat nyanyi-nyanyi.
Tak salah, saya Raya 7 buah rumah sahaja. Okay?! Kalau tak, saya dah Raya 10 BUAH RUMAH. Ini semua disebabkan kakak saya yang telefon saya jerit-jerit suruh balik. Then, bila balik suasananya macam tak ada apa-apa yang berlaku. Cuma 2 beradik saudara sedang menunggui saya puuunnn. MUKA NAMPAK MACAM BAIK JE. PADAHAL HAMPEH.
That is Humairah. The most K-Pop lover. Just ask anything about it, she can answer.
Tapi budak ni takde perasaan.
Ainul Atiq, main sorok-sorok pulak dia.
At the left, yang berbaju bunga-bunga kecil itu. as usual, my best friend, SYAFIQAH.
At the right, tengah mengepeace tu, HAKIMAH.
Selamba je dia. Haha.
That's all about the Merdeka Day and the Raya Day. Penat tau?! *ada korang kesah* Jalan dari Fasa 3, Fasa 1L sampailah ke Fasa 1H. Rasa macam Merentas Desa pun ada gak.
Tapi tak apa, disebabkan semangat nak menziarahi dan mendapat duit raya, aku sanggup meredahinya. Ceh, Farah.
Assalamualaikum.
Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang.
Monday, August 27, 2012
Lukisan Dan....
Sebenarnya saya takdela berbakat sangat nak lukis. Tapi saya akan lukis bila saya marah,merajuk dan apa-apa. Ada juga saya sampai marah sangat saya lukis muka orang tu, lepastu sebelahnya saya lukis muka khinzir. Teruk kan? Saya tahu saya teruk.
Semalam, tiba-tiba saya baca artikel tentang orang buta. Saya ucap Alhamdulilah sangat sebab dikurniakan dua mata yang dapat lihat segala kejadian Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dibandingkan dengan orang buta, macam mana hidup dia? Gelap. Susah nak jalan. So, saya ambil keputusan untuk lukis 'realistic eyes'. Ceceh. Tak payah nak ngada sangat kononnya dapat inspirasi dari situ. Itu hanya gimik belaka. Percayalah! Haha. Mata tu saya ikut tutorial di Youtube memandangkan saya ni tak boleh bayangkan dekat 'kepala otak' detail-detail kat mata. Nak tengok? Klik <Sini<.
Satu je gambar ok?
Ini mata yang saya lukis. Tak percaya? Tandatanganku di situ. Hokhok.
Saya tahu tak cantik. Takpe.
Saya tahu tak cantik. Takpe.
Bangga sikit. *kening kening*
Tapi satu masalah saja yang saya hadapi sekarang ni. Macam mana nak lukis mata yang satu lagi? Sejibik macam gambar kat atas ni? Kompiusssss.
Tapi satu masalah saja yang saya hadapi sekarang ni. Macam mana nak lukis mata yang satu lagi? Sejibik macam gambar kat atas ni? Kompiusssss.
Sunday, August 26, 2012
Raya 2012
Assalamualaikum.
K. Harini nak cakap pasal Raya. Tibai je syok sendiri baca entry sendiri. Entry ni masa Hari Raya kedua dan ketiga. Best woooo, dekat kampung mak aku. Ada kambing, lembu, ayam, itik. Memang best lah. Tapi kalau depan orang, malu. Tu je kelemahannya. Kkkk. Let's start. *gedik*. Cousin tu punya blog boleh tekan >SINI<
me with my cousin and sister yang gila.
muka aku kelakar.
saya suka bila dia termenung. *bweekkk*
Kah. Ambik gambar curi-curi. Kau ada?
Klah, sampai situ je eh. eh. eh. Janganla nangis. Nanti kita buat enry lagi eh? Eh? Tauuu. Sayang dia.
Assalamualaikum. *adoiii cik kak oi*
Sunday, August 19, 2012
Raya 2012
Selamat Hari Raya,
Masa untuk kita bersuka ria,
Mintak mak kuih sebelanga.
Nanti kena pukul ngan mak dengan belanga.
Tentededededeng.
Sedapnya suara aku. *ehem*. Raya ni aku tak nak ambil gambar kat kampung. Sebab? Aku sibuk. Muka macam belacan. So, aku upload je la gambar masa on the way nak pergi kampung. Ahak. PERHATIAN=Post ni panjang sedikit. Minta maaf kerana kualiti gambar terganggu. Kat sini line takde sangat. :DDD. Sorry la. Sebenarnya tarikhnya '20.08.2012'. Tapi camera tu bangang sangat.
Masa untuk kita bersuka ria,
Mintak mak kuih sebelanga.
Nanti kena pukul ngan mak dengan belanga.
Tentededededeng.
Sedapnya suara aku. *ehem*. Raya ni aku tak nak ambil gambar kat kampung. Sebab? Aku sibuk. Muka macam belacan. So, aku upload je la gambar masa on the way nak pergi kampung. Ahak. PERHATIAN=Post ni panjang sedikit. Minta maaf kerana kualiti gambar terganggu. Kat sini line takde sangat. :DDD. Sorry la. Sebenarnya tarikhnya '20.08.2012'. Tapi camera tu bangang sangat.
Tema tahun ni warna biru. So whatta?
Ok. Tu kakak aku. Dia tak nak ambil gambar.
Aku curi-curi ambil gambar. Ada kelas tak??.
Adik aku yang asyik kepoh sepanjang perjalanan. Tak penat-penat.
Wooooshh. Aku memang ketagih dengan benda ni.
Bila jumpa je buaian ni. Apalagi sambar je la! Aku tak kisah ada budak nangis-nangis nak buaian aku tu. Mak dia pandang semacam je. Yang penting aku dapat buaian tuh. Best s**tttt!
Dahlah, sampai situ je. Malas nak membebel. Mula-mula nak buat panjang-panjang. Tengok semua saudara aku berkerumun, tak jadi la pulak. Masa dia pergi tempat lain, curi-curi berblog.
Assalamualaikum. :-)
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Dan Batin.
Friday, August 3, 2012
Kawan atau Lawan?
Dekat sekolah, saya ada ramai kawan. Ramai sangat. Bila jumpa 'senyum'. Tapi kalau KAWAN BAIK, kita tak akan senyum kalau jumpa dia, terus join dia teruss. Tapi senangnya nak dapat kawan yang suka-suka. Gelak-gelak. Tapi bila kita susah, dia main cakap "Mana aku tau! Kau tanggunglah sorang. Siapa suruh kau buat macamtu!" Mmm, ringan je telapak tangan ni nak sampai muka.
At school, I have one friend that will be beside me even when I'm in a problem. Yeah, doesn't want to mention her name. Not necessary. She is a beautiful girl with thin body and a cute 'nose'. And second, the short girl with cara gelak yang kelakar. *speaking dahh* Since yesterday, I know that two of my friends will move to other school but not the two girls I mention above. Very sad. And those two girl are my good friends. I had a wonderful time, every single second with them.
Yah, Heidi. The most 'kelakar' girl in that class. Kitorang kelas 1 KRK (1). Korang ado? Hoho. She will live in U.S and continue her studies there. For 2 years! *Oh My Goshh*. I will missed her. Second is Hakimah. She is the most craziest girl in that class. Everyone had happy time with her. Because dia selamba. Tak jaga2. So, dia tak malu. Itulah Gempakk! And she will move to other school at Kedah. Jauhnya! *wooshh* Everyone was shocked when they know that she will move to other school. Yahh. *shocked* and *shot*. Ok, start to merepek.
I hope that we can 'jumpa-jumpa' and 'borak-borak' with them again. I know sekarang masa dah lagi cepat berjalan. So, aku akan rindukan korang. Minta maaf jika terkasar bahasa. Sebab..aku memang kurang ajar sikit. Terutama apabila 'bad mood'.
Bak kata pepatah, 'kawan yang suka-suka melambak, tapi kawan yang menangis susah nak cari'
Assalamualaikum. :-)
Kalau tak jawab dosa, Kalau jawab sayang. <3
Saturday, July 28, 2012
Maru The Cat
Assalamualaikum. :-D
Nampak kucing comel yang tengah bersantai kat kotak tu? Aku tau korang geram sangat macam nak bunuh je kan? Takpe2, tak salah. Aku pun rasa macam tu jugak. Kalau korang nak 'bunuh' kucing ni pun, kucing ni berada kat Jepun. So, korang mesti ada passport, tiket baju, duit dan lain-lain. Menyusahkan kan? So, tak payahla bunuh dia. *Merepek dahh*.
Ok, kucing ni bernama Maru. Paham? Maru? Kucing yang paling terkenal pada abad ini. Untuglah, haiwan pun boleh jadi famous. Korang ado? Haha. *just kidding* Fenomena ini terjadi apabila tuan kucing ni post video pasal kucing ni kat Youtube. Untung2.
Kalau korang search nama 'Maru' dekat kotak search kat youtube, aku confirm 100% korang akan nampak kucing ni. Kalau korang tak nampak, shout kat aku. Meh, aku babab. Haha, seperti yang dinyatakan tadi, aku gurau saja. Meh, tengok sikit kecomelan kucing ni.
Dah la tu, kalau korang perasan, satu pun video Maru ni tak tunjukkan tuan dia. Hmmphh, layan je la. Kalau korang ada soalan, rajin-rajinla shout kat 'shoutbox' tu eh? *SOALAN DIALU-ALUKAN*. Nikmatilah gambar yang comel. *tadaaaaa*
Assalamualaikum. :-)
Thursday, July 26, 2012
Peristiwa Ramadhan
Assalamualaikum,
Ok. Pertama kali nak edit-edit blog ni, susah la sikit. Tapi nak buat macam mana? Kena lah buat jugak kan? Kalau korang tengok kat sidebar kanan atas sikit tu, ada tulisan orang intai di sini. Ceh, macamlah ada orang nak intai2 blog ni. Lagi-lagi nak tengok? Hmm, tak payahla. Buat blog ni cuma nak syok sendiri. *haha*
By the way, Mrs.P nak cakap selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Memang banyak dugaan untuk puasa ni, tapi kalau ikhlas kerana Allah, InsyaAllah kita takkan hirau semua tu. Lagi-lagilah masa matahari tengah tegak kat atas. Tambah2 lagi musim pemanasan global. Huhhh. Tergugat.
Tadi dekat Van semua cakap "Panaslah! Nak balik! Cik Siti, (pemandu van) nak balik cepat!!!" Last2, aku juga yang kena hantar dulu dengan Mak Cik Siti tu. *padan muka*. Eh2, Tak Baik2. Tu la, merungut-rungut lagi. Kan dah. Kalau dengan kawan aku, aku bising nak amat, tapi kat Van, Puuuhh, macam Gadis Melayu Terakhir.
Tiap-tiap hari aku berusaha untuk puasa makan dan minum dengan anggota sekali. Tapi, kadang-kadang tak boleh. Mulut aku ni dengan ringan macam feathers ni keluar benda-benda yang mencarut. Tapi lepas tu, mesti ucap astaghfirullahalazim.(kat dalam hati). Kalau korang ada buat dosa-dosa yang tak sepatutnya, baik baca doa ni:
"Astagfirullahalazim allazi la ila ha illa hual hayyul qayyum waatubu ilaik"
"Sesiapa yang membaca Astagfirullahalazim allazi la ila ha illa hual hayyul qayyum waatubu ilaik, maka diampunkan segala dosanya walaupun ia pernah melarikan diri daripada peperangan".
Aku cari dalam jawi tak ada la pulak. Jadi, pandai-pandailah korang ye baca. Takkanlah tak pernah jumpa kalimah ni. Jangan korang cakap aku tipu pulak, sebab jahat-jahat aku ni pun, aku selalu buka Astro Oasis. ceh riak gila. tak tak, bukaklah kadang kadang hahahah. Kena ikhlas ya. ;)
Sampai sini je lah ya.
Wednesday, July 25, 2012
Ramada Al-Mubarak
- Assalamualaikum,
- Salam Ramadan semua. Bulan yang paling berkat nilah kita kena kumpul pahala.
- Dalam bulan ni juga ada malam Lailatul Qadar. Masa tu, semua doa kita diperkenankan sebab semua pintu langit terbuka untuk kita. Jadi, 10 malam terakhir tu, banyak-banyakkanlah beramal. Baca al-Quran, selawat banyak-banyak.Moga2 kita dapat Lailatul Qadar kan? Haha. Doa kaya, sampai anak cucu cicit korang akan kaya. tapi janganla mintak hal dunia je. hal akhirat tak fikir.
- So, banyak2kanlah pahala, sikit-sikitkanlah dosa ya.
- Semoga kita semau dipelihara oleh Allah S.W.T.
- Assalamualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)